Sephora Malaysia melancarkan skrin 3D terbesar di Malaysia bermula 1 Disember sehingga 1 Januari 2024.
Jika anda ada melintasi sekiatar Fahrenheit88 di Jalan Bukit Bintang sehari dua ini pasti anda perasan ada sesuatu yang berbeza dan menangkap mata di pintu utamanya. Mustahil tidak perasan kerana cahaya skrin tiga dimensi memancar-mancar.
Buat pertama kalinya gedung kecantikan dan penjagaan diri terkenal Sephora melancarkan kempen ‘Unwrap Their Beautiful’ sempena menjelang musim percutian. Skrin 3D yang Sephora gunakan sempena kempen ini juga diiktiraf sebagai skrin 3D terbesar di Malaysia.
Kempen ‘Unwrap Their Beautiful’ mengajak pengunjung untuk merasai kemeriahan musim percutian secara digital yang mana skrin di sepanjang Fahrenheit88 ;dibaluti’ dengan visual yang cukup ceria dan berwarna-warni.
Bukan sekadar visual 3D lazim, visual kempen ini juga bersifat interaktif yang mana ia mengajak pengunjung untuk merakam dan mengutus ucapan buat yang tersayang yang mana ucapan ini akan dipaparkan pada skrin. Apa yang perlu pelanggan lakukan hanyalah imbas kod QR dan anda boleh mengutus ucapan segera atau anda bebas menjadualkannya mengikut masa yang anda mahu.
Dengan sentuhan teknologi, pelanggan di butik Sephora Fahrenheit88 berpeluang menikmati kejutan tersembunyi menerusi paparan percutiannya. “Terdapat kod QR yang boleh diimbas oleh pelanggan yang mana kod ini akan membawa mereka ke permainan interaktif. Pelanggan berpeluang untuk mengumpul pelbagai hadiah secara digital dan juga berpeluang menzahirkan hadiah-hadiah ini dengan menghubungi staf di butik Sephora,” kongsi Valerie Foong, Pengurus Besar Sephora Malaysia
BACA: Raikan Musim Percutian Dengan Membeli-Belah Di Sephora!