Tahun ini, jadikan Y.O.U Beauty rahsia di sebalik seri lebaran anda. Nikmati solekan yang kekal flawless, segar, dan berseri dengan rangkaian produk daripada Y.O.U Beauty yang akan memastikan solekan anda bertahan sepanjang Syawal.
Raya semakin hampir, dan inilah masanya untuk anda bersinar dari pagi syawal hingga ke malam yang penuh dengan keceriaan dan kunjungan. Penampilan yang segar dan berseri bukan sekadar pelengkap, tetapi kunci untuk tampil menawan di setiap pertemuan. Untuk memastikan solekan anda kekal flawless sepanjang hari, Y.O.U Beauty membawakan tiga produk must-have yang bukan sahaja menyempurnakan wajah, malah memberikan solekan lebih tahan lama supaya anda tampil yakin di setiap detik istimewa.
Sama ada menghadiri rumah terbuka, merakam momen indah, atau sekadar menikmati kemesraan bersama keluarga tersayang, Y.O.U Beauty adalah rahsia kecantikan effortless yang anda perlukan. Diformulasikan khas untuk semua jenis kulit, rangkaian ini memastikan solekan anda tahan lama, bebas cela, dan tidak berminyak, agar anda dapat meraikan syawal dengan penuh keyakinan.
1. Fit-Skin Mattifying Poreless Gel Primer (RM29.90)
Solekan yang sempurna bermula dengan asas yang flawless, dan Fit-Skin Mattifying Poreless Gel Primer adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang licin, bebas minyak, dan berseri sepanjang hari. Diformulasikan dengan teknologi ‘pore eraser’, primer ini menyamarkan pori serta memberikan kemasan halus dengan kawalan minyak hingga 16 jam! Sesuai untuk memastikan wajah kekal segar dari pagi syawal hingga ke malam.
Tekstur gelnya yang ringan dan tidak melekit menjadikan pemakaian begitu selesa, sambil memberikan kelembapan yang diperlukan untuk mengelakkan kulit kering. Sama ada anda sibuk beraya dari satu rumah ke rumah yang lain atau sibuk merakam momen indah bersama insan tersayang, primer ini akan memastikan solekan anda tahan lama, bebas cela, dan sentiasa on point sepanjang perayaan.
2. CLOUD TOUCH Dreamy-Fit Lasting Mesh Cushion (RM49.90)
Jika anda inginkan kulit yang berseri dan kelihatan dewy sepanjang hari, CLOUD TOUCH Dreamy-Fit Lasting Mesh Cushion adalah rahsianya! Dengan 85% bahan penjagaan kulit, cushion ini bukan sekadar menyempurnakan solekan, malah merawat kulit anda dari dalam. Diperkaya dengan ceramide untuk menguatkan skin barrier dan centella asiatica yang menenangkan serta mengurangkan kemerahan, ia memastikan kulit anda kekal sihat dan segar sepanjang hari.
Dilengkapi dengan SPF30 PA+++, cushion ini melindungi kulit daripada sinaran UV sambil mengekalkan solekan yang segar dan tahan lama. Dengan teknologi kawalan minyak selama 16 jam, kulit anda bebas kilap tanpa rasa berat atau bercapuk. Sama ada anda sibuk menghadiri rumah terbuka atau sedang menikmati detik istimewa bersama yang tersayang, cushion ini menjamin penampilan yang effortless glowing dari pagi hingga malam.
3. CLOUD TOUCH Dreamy Makeup Setting Spray (RM19.90)
Solekan sempurna tidak lengkap tanpa sentuhan akhir yang memastikan ia kekal flawless sepanjang hari. CLOUD TOUCH Dreamy Makeup Setting Spray adalah kunci kepada solekan yang smudgeproof, sweatproof, dan transferproof. Ideal untuk syawal yang penuh dengan aktiviti.
Dengan teknologi micro-fine mist, setting spray ini boleh menetapkan solekan hanya dalam 5 saat, memberikan kesan yang ringan, breathable, dan kemasan semula jadi. Dilengkapi dengan 24 jam kawalan minyak dan 12 jam anti-oksidasi, wajah anda akan kekal segar dan berseri tanpa kelihatan kusam. Sama ada selepas bersalaman, menikmati hidangan raya, atau berswafoto bersama keluarga dan rakan-rakan.
Anda kini boleh mendapatkan rangkaian produk Y.O.U Beauty di Watson terhampiran anda. Jangan lepaskan peluang untuk tampil menawan sepanjang Syawal ini!
Artikel Berkaitan: Dari Shanghai Ke Pentas Global, Y.O.U Beauty Bersinar di Minggu Fesyen Paris