Aliran dunia kecantikan kebelakangan ini seolah memanggil gadis kini untuk tampil dengan bulu mata yang panjang dan lentik. Bukan hanya trend semata, malah ia juga disifatkan sebagai pelengkap kecantikan serta keanggunan seseorang.
Namun, ada yang terlalu obses sehingga mengambil ubat tertentu agar bulu mata mereka tumbuh lebih panjang, lebat dan kehitaman persis selebriti antarabangsa, malah ada juga yang sanggup melakukan pemasangan bulu mata melalui pembedahan.
Jangan risua. It’s time to play. Lari dari kebiasaan, ayuh litupi bulu mata dengan sapuan maskara berwarna. Tapi anda perlu tahu teknik dan cara yang sesuai agar lentikkan bulu mata tampak galak dan memukau!
EH! kongsikan step by step capai bulu mata menawan dengan gabungan maskara berona turquoise dan merah jambu daripada jurusolek terkemuka, Fendi Sani.