Buat pertama kali, jenama produk kecantikan terkemuka dunia, Chanel bawakan dunia permainan dan kecantikan ke Malaysia dengan dewan permainan arked yang diinspirasikan dari Jepun.
Boleh kata inilah masanya untuk anda serlahkan jiwa muda remaja anda dengan melangkah ke dunia permainan video di COCO GAME CENTER. Sejajar dengan ojektif untuk memperkenalkan koleksi produk kecantikan terbaru dari mereka, pada bulan April ini, CHANEL mengajak anda untuk menerokai ruang unik permainan arked tersebut.
Tidak meminta apa-apa, tetapi apa yang dipinta hanyalah untuk pengunjung patuh pada satu syarat sahaja iaitu dengan menjadi seberani yang mungkin serta serlahkan perasaan bebas, kreativiti dan spontan di dewan permainan arked tersebut.
Di ruang permainan arked ini, pengunjung dapat mencabar skil yang terpendam di THE BUBBLE GAME. Dengan hanya perlu menangkap HYDRA BEAUTY micro-droplets, anda akan mendapat sampel penjagaan kulit dari CHANEL, badge atau pun minuman secara percuma di bar yang disediakan.
Bahkan, anda juga dapat mengenal pasti kombo terhebat di COCO GAME STATION sama ada anda serasi dengan rona merah menyala atau flirty pink. Berehat seketika di booth CHANCE pabila anda dapat menerokai rangkaian wangian CHANCE.
Sebelum berakhirnya penerokaan anda di arked permainan ini, anda dapat mengikuti pemanduan percubaan dengan look terbaru anda di THE BEAUTY RIDE. Pandu shot gun atau mengarah kerusi pemandu di dalam Coco Car. Serta jangan lupa untuk cuba tona kesukaan anda untuk Rouge Coco dan ambil selfie bersama sebagai cenderahati.
Anda boleh terokai sendiri pengalaman mengujakan di COCO GAME CENTER bermula 28 April sehingga 13 Mei 2018.
ROUGE COCO LIP BLUSH
Satu-satunya produk kecantikan yang anda patut ada bersama setiap masa. Tidak hanya dapat menyerlahkan rona kemerahan semula jadi di pipi, malah dapat memberikan rona bibir anda seksi pada masa yang sama. Tekstur gelnya mengandungi jojoba, mimosa dan minyak bunga matahari sekaligus derivatif kelapa untuk memberikan hidrat sempurna serta keselesaan buat kulit dan bibir. Anda boleh pilih dari enam tona berbeza.
HYDRA BEAUTY
Hidrat, lindung dan menyerikan, Ia adalah solusi terbaik dalam mencegah tanda penuaan awal dengan menghidrat dan melembapkan kulit. Boleh dikatakan ia menjadi produk kecantikan kulit yang pertama mengandungi micro-droplet camellia. Ia ternyata baik dalam memastikan kulit hidrat dengan sempurna. Kenali Hydra Beauty Micro Liquid Essence dan Hydra Beauty Masque de Nuit au Camelia.
CHANCE
CHANCE Eau Tendre diperhalusi dengan aroma jambakan bungaan dan buahan untuk lebih romantis, CHANCE Eau Fraiche pula membawakan aroma segar, floral bertenaga untuk kekal optimis, CHANCE Eau Vive satu haruman yang diperkaya dengan aroma zesty floral untuk lebih semangat dan yang terakhir sekali adalah CHANCE, yang mana haruman asli floral sensual untuk jiwa yang berani.