Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)
Mahukan efek seksi dengan gincu merah tetapi tidak pasti jenis rona merah yang paling serasi dengan ton kulit anda? Ini jawapannya.
Tidak dinafikan yang rona merah sering dianggap sebagai simbol keberanian dan keseksian, jadi tidak hairanlah jika anda sendri merasakan keyakinan anda menjadi setinggi langit saat mengoles gincu merah ke bibir.
Sememangnya banyak jenis rona gincu merah di pasaran, tetapi tidak semua sesuai dengan ton kulit anda. Setiap rona mempunyai ton yang tersendiri, begitu juga dengan warna merah.
Tertanya apakah rona merah yang paling perfect untuk diri anda? EH! himpunkan jenis rona merah yang sesuai untuk setiap warna kulit.