Senyuman bukan sekadar gerakan bibir, ia adalah bahasa universal yang mampu mencairkan hati, mencipta hubungan dan meninggalkan kesan yang mendalam.
Senyuman menawan menjadi aset paling berharga, ia memancarkan keyakinan dan juga sentuhan terakhir untuk melengkapkan penampilan anda. Tetapi, apakah rahsia di sebalik senyuman yang benar-benar menawan?
Inovasi terkini menerusi Colgate Optic White Purple Serum, menawarkan teori pembetulan warna yang sebelum ini hanya popular dalam dunia solekan dan pewarnaan rambut, tetapi kini diterapkan dalam dunia penjagaan gigi.
Colgate memperkenalkan Optic White Purple Serum, booster pemutih gigi yang hadir dengan formula berasaskan teori pembetulan warna (color-correction theory) dimana ia berfungsi membetulkan ton kuning dengan serta merta dan meningkatkan kesan pemutihan gigi.
Salah satu tarikan utama produk ini adalah pengalaman sensori dan pembetulan warna yang unggul. Tekstur serum yang pekat, memberikan perasaan eksklusif dan premium, manakala warna ungu pekat menambahkan elemen keseronokan dalam rutin penjagaan mulut anda.
Perisa pudina dan yuzu yang segar pula memberikan keselesaan tanpa rasa terlalu kuat atau berangin di dalam mulut. Dengan kata lain, ia bukan sekadar produk pemutihan biasa, tetapi sebahagian daripada gaya hidup kecantikan moden yang menyeronokkan dan inovatif.
Kenapa Warna Ungu Pekat? Jom Fahami Teori Pembetulan Warna
Konsep di sebalik serum ini berakar umbi daripada teori pembetulan warna yang sering digunakan dalam bidang solekan dan pewarnaan rambut. Dalam teori ini, warna yang bertentangan dalam roda warna (colour wheel) dapat meneutralkan satu sama lain.
Oleh kerana warna kuning dan ungu terletak bertentangan dalam roda warna, Colgate menggunakan teknologi ini bagi membetulkan tona kuning dengan serta-merta untuk meningkatkan pemutihan gigi.
Bagaimana Cara Menggunakannya?
Hanya perlu “Pump, Purple, Smile” tiga langkah mudah untuk anda menggunakan Colgate Optic White Purple Serum.
- Pump: Tekan pam untuk mendapatkan Colgate Purple Serum. Gunakan 1 pam pada berus gigi sebagai tambahan kepada rutin penjagaan mulut biasa anda.
- Purple: Berus gigi selama 2 minit.
- Smile: Serlahkan senyuman cerah bersinar dengan penuh keyakinan!
Formula ini selamat untuk penggunaan harian, serta pengalaman pengguna yang menyeronokkan, Colgate Optic White Purple Serum sememangnya satu pelaburan berbaloi dalam rutin kecantikan harian. Bagi mereka yang sering mencari solusi pemutihan gigi yang berkesan, ini adalah jawapannya!
Serum ungu ini sesuai dipadankan dengan Colgate Optic White Purple Toothpaste, ubat gigi pembetulan warna yang dilancarkan pada tahun lalu. Ia mengandungi High Cleaning Silica dan Core Shell Silica, membantu menghilangkan kesan kotoran pada permukaan gigi.
Dapatkan produk Colgate Optic White Purple Serum di semua di stor dalam talian Colgate Shopee, Lazada, TikTok dan di farmasi seluruh negara termasuk di Caring, Guardian, dan Watsons.
Baca : Colgate Optic White FlexLight LED Kit Menyerlahkan Senyuman