Mengoles krim atau serum mata dua hari sekali seharusnya jadi rutin wajib sebagaimana anda rajin menyalut kulit dengan krim pelembap.
Saya punya tabiat suka menggosok mata, itu tabiat buruk yang sering saya lawan kerana saya tahu ia tak elok untuk bahagian mata saya termasuklah kulit sekitarnya. Jika terasa gatal, saya tahan dan lawan jemari dari menggosok-gosok. Saya tahun sekali saya mula, tangan tidak akan berhenti. Makin digosok makin gatal.
Selain soal keselesaan mata saya sendiri tahun kulit bahagian mata sangat nipis berbanding bahagian lain,. Akan kerana itu jugalah mengapa bahagian yang pertama menunjukkan tanda penuaan adalah kulit skitar mata. Bermula dengan garis halus, crow feet dan akhirnya ‘dituakan’ lagi dengan kedutan. Bahagian bawah mata juga memerlukan belaian khusus untuk merawat masalah lain seperti mata sembap juga lingkaran gelap bawah mata. Ia bukan boleh dicalit dengan mana-mana serum atau krim semata. Ada formula khusus diperlukan.
Saya tidak pernah skip produk penjagaan mata, wajib ada. Jika ada serum atau krim untuk kulit, saya pastikan ada juga khusus buat mata. Terbaru saya di jemput Aesop ke acara pelancaran serum mata terbarunya. Dinamakan sebagai Exalted Eye Serum, produk ini menyajikan mata dengan pelbagai vitamin untuk memeliharanya. Vitamin B3, B5, C dan E disatukan untuk memberikan belaian maksimum agar mata tampil lebih segar, kulit sekitarnya dihidrat sempurna.
Kulit sekitar mata kurang menghasilkan minyak secara semula jadi berbanding kulit di bahagian lain, dan atas sebab itu jugalah kulit di bahagian tersebut mudah kering. Jadi bila keringcepatlah garis halus dan kedutan muncul. Serum mata Aesop ini mengandungi Panthenol dan Sodium Carrageenan yang bermanfaat untuk melembapkan kulit kawasan mata. Ia juga mengandungi ekstrak Pelvetia Canaliculata yang bertindak untuk memperbaiki tekstur kulit.
Cara menggunakannya adalah dengan titikkan setitis dua pada jari manis. Kemudian tekap lembut pada bahagian mata dan kening. Tidak perlu mengolesnya pada bahagian kelopak mata kerana gerakan sekitar mata akan membuatkan serum ‘turun’ sendiri ke bahagian kelopak mata. Secara tidak langsung, kelopak mata juga akan menikmati manfaat kebaikan produk ini.
Aesop kini sudah melancarkan laman belian dalam taliannya, jadi anda boleh dapatkan kesemua produk Aesop termasuk Exalted Eye Serum (RM410, 15ml) di SINI!
Baca: Advanced Night Repair, Serum Buruan Wanita Untuk Melengahkan Penuaan