Jika ditanya kepada mana-mana pakar kulit, apa yang bagus untuk mengekalkan keremajaan kulit, pasti jawabnya retinol. Jika anda bertanya pada kami, jawapannya juga sama dan Kiehl’s Retinol Skin-Renewing Daily Micro-Dose Serum adalah pilihan terbaik bagi anda yang baru hendak mencuba retinol. Ia mengandungi 0.001% pure retinol serta diformulakan untuk menyampaikan dos harian yang tepat agar anda tidak mengalami kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan formula retinol dulu-dulu seperti pedih, gatal, kemerahan malah ada juga yang menggelupas.
Serum Retinol yang pertama daripada Kiehl’s ini boleh digunakan setiap hari dari awal penggunaan. Ia turut diformulakan dengan peptida untuk menyokong dan mengekalkan manfaat perawatan retinol dan seramida yang menyampaikan lipid perlindungan kulit untuk membina toleransi retinol dan mencegah kekeringan. Dos retinol yang tepat kemudiannya dihantar ke dalam kulit tanpa terlalu mempercepatkan pusing ganti sel kulit atau mengganggu penghalang kulit. Hasilnya adalah keberkesanan maksimum retinol dengan ketidakselesaan yang minimum atau tiada langsung.
Berdasarkan penilaian klinikal, seratus peratus pengguna menunjukkan kedutan berkurangan, 90 peratus menunjukkan keanjalan yang lebih baik, dan 94 peratus menunjukkan tekstur halus dalam tempoh dua belas minggu penggunaan. Dalam sebuah kajian persepsi pengguna pula 90 peratus bersetuju kulit rasa selesa sepanjang penggunaan walaupun baru pertama kali menggunakan retinol.
Guna siang atau malam dan ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Hanya sapukan satu pam pada kulit yang dibersihkan diikuti dengan pelembap dan SPF spektrum luas pada siang hari untuk hasil terbaik. Produk ini juga boleh digunakan di kawasan lain di mana tanda-tanda penuaan kulit boleh muncul termasuk kawasan mata (bawah dan sisi), leher, dada, dan tangan. Ayuh sama-sama kita pelihara keremajaan kulit dengan retinol!