Pudarkanlah rasa duka dan hidupkanlah kembali semangat anda di bulan cukup istimewa ini. Ada banyak cara yang boleh mengalih perasaan gundah, dan raikanlah ketibaan bulan mulia ini. EH! bersama MAC Cosmetic mengetengahkan tutorial solekan anggun yang boleh dicuba buat semua wanita menjelang Syawal akan datang.
Syawal bakal kunjung tiba dalam situasi yang kami pasti kurang menyenangkan ramai, tetapi kami di EH! yakin biarpun ada batasnya, bulan suci ini akan tetap disambut dengan rasa yang tenang dan bahagia. Mahu kembalikan rasa keterujaan menjelang tibanya bulan mulia ini EH! bersama MAC Cosmetic tampilkan dua jurusolek selebriti handal Bee Ramza, Syed Faizal, dan dua jurusolek rasmi dari MAC Artistry Artist; Perry Peng dan Qistina Sopian dalam menghasilkan solekan wajah yang malar segar, bersinar dan menyerlah untuk anda cuba dalam merai Aidilfitri tahun ini.
Empat solekan yang dihasilkan punya hasil kemasan yang berbeza-beza, ini adalah kerana kami mahu tonjolkan solekan yang berpandukan pada karakter setiap wanita hari ini. Dari biasan solekan yang natural kemas hanya fokus pada tekstur kulit yang sempurna hinggalah solekan yang ekstra dan anggun, EH! & MAC Cosmetic mahu himpunkan kesemuanya. Tekan butang 'next' dibawah untuk mengetahui butiran lanjut!