Pada 7 Disember 2024, Kaunter KOSÉ di Seibu, The Exchange TRX menjadi pentas untuk satu pengalaman kecantikan luar biasa yang menyatukan pembaca setia EH! dan EHsociates dalam suasana penuh inspirasi bersama jenama kecantikan Jepun SEKKISEI by KOSÉ yang terkenal dengan falsafah kecantikan holistik.
EH! X SEKKISEI by KOSÉ membawa 20 pembaca bertuah EH! dan EHsociates ke dalam satu bengkel kecantikan eksklusif yang memperkenalkan dunia penjagaan kulit holistik. Acara ini bukan sekadar tentang penampilan luaran semata, tetapi juga kesejahteraan kulit secara keseluruhan, yang merangkumi aspek wajah, tubuh, dan minda.
Sebagai jenama kecantikan Jepun yang ikonik, Sekkisei by KOSÉ terus mengukuhkan reputasinya di seluruh dunia dengan pendekatan holistik terhadap penjagaan kulit. Berfokus pada keindahan semulajadi kulit, Sekkisei menawarkan produk yang direka khas untuk memperbaiki, melindungi, dan memberikan hidrasi sempurna pada kulit. Rangkaian produk mereka, termasuk Sekkisei Blue yang menggabungkan bahan-bahan semulajadi yang berkhasiat untuk memulihkan serta menyegarkan kulit.
Acara dimulakan dengan sesi perkongsian eksklusif dari Shalma Ainaa, selebriti yang juga penggemar setia produk Sekkisei. Dalam sesi ini, Shalma berkongsi rutin penjagaan kulitnya yang menggunakan Sekkisei Blue, yang terdiri daripada pembersih, toner, dan pelembap yang memberikan kesan kulit lembap dan cerah. Shalma turut memberi tip kecantikan serta cara menyusun rutin kecantikan untuk hasil yang optimal. Penampilannya yang mempesona dan tip kecantikannya memberi semangat kepada para pembaca setia EH! untuk lebih yakin dalam merawat kulit mereka.
Seterusnya, para pembaca dibimbing oleh Terrence, jurulatih kecantikan profesional dari KOSÉ, yang memberi sesi mendalam mengenai teknik penjagaan kulit yang betul. Bermula dengan langkah pembersihan yang tepat, Terrence mengajarkan cara-cara aplikasi toner, pelembap, dan penggunaan teknik urutan yang meningkatkan penyerapan produk ke dalam kulit. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas, Terrence memastikan setiap pembaca yang hadir memperoleh panduan terperinci yang boleh diamalkan dalam rutin kecantikan mereka.
Salah satu produk unggulan yang diperkenalkan adalah Sekkisei Balancing Oil, yang terdiri daripada Watery, Lively, dan Bounce Balancing Oil. Setiap variasi mempunyai manfaat unik tersendiri untuk memenuhi keperluan kulit yang berbeza. Pembaca juga diberi peluang untuk mencuba ketiga-tiga jenis Balancing Oil ini dalam sesi urutan tangan eksklusif.
Sebelum urutan dimulakan, setiap pembaca bertuah perlu menjalani analisis kulit terlebih dahulu untuk mengenal pasti masalah kulit mereka, dan memastikan produk yang digunakan sesuai dengan keperluan individu. Teknik urutan diberikan memberikan rasa santai sambil memberi manfaat secara menyeluruh kepada kulit. Setiap pembaca bertuah juga dapat merasai pengalaman yang menenangkan sambil memahami cara terbaik untuk merawat kulit mereka di rumah dengan produk yang tepat.
Bengkel EH! x Sekkisei by KOSÉ bukan hanya tentang kecantikan luar, tetapi juga kecantikan yang datang dari dalam. Para pembaca setia EH! tidak hanya mendapat ilmu tentang penjagaan kulit yang betul, tetapi juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pakar kecantikan, serta mencuba produk yang dapat mengubah rutin kecantikan mereka. Tidak lengkap dengan itu, setiap peserta juga menerima cenderahati eksklusif daripada Sekkisei by KOSÉ memberi peluang kepada pembaca untuk terus meneruskan penjagaan kulit mereka dengan produk terbaik dari Sekkisei.
Artikel Berkaitan: Raih Pengalaman Kecantikan Holistik Bersama EH! X SEKKISEI By KOSÉ