Jenama kecantikan ikonik Jepun, SHISEIDO, membawa semangat baharu kepada produk ikonik mereka, ULTIMUNE, menerusi kolaborasi bersama artis grafik Jepun terkenal, VERDY.
Ikon Kecantikan Jepun Bertemu Ikon Seni Kontemporari
Dikenali sebagai salah satu artis grafik Jepun paling berpengaruh, VERDY terkenal dengan gaya visualnya yang menggabungkan elemen street culture, muzik dan seni moden. Karya beliau sering menampilkan karakter ikonik ciptaannya yang mempunyai aura playful tetapi penuh mesej positif.
Melalui kolaborasi bersama ULTIMUNE, karakter istimewa VERDY dibawa masuk ke dalam dunia skincare SHISEIDO, memberikan sentuhan lebih segar dan youthful kepada rutin penjagaan kulit harian. Gabungan ini mencerminkan bagaimana kecantikan masa kini bukan hanya tentang penampilan, tetapi juga cara seseorang mengekspresikan personaliti dan keyakinan diri.
Serum Ikonik Dengan Lebih 30 Tahun Penyelidikan
Sebelum menjadi sebahagian daripada dunia seni bersama VERDY, ULTIMUNE terlebih dahulu dikenali sebagai salah satu produk paling ikonik daripada SHISEIDO. Dilancarkan sebagai serum yang memberi fokus kepada kekuatan semula jadi kulit, ULTIMUNE terus berkembang melalui inovasi teknologi dan penyelidikan kulit selama lebih tiga dekad. Versi terbaharunya menampilkan teknologi Power Fermented Camellia+, yang dibangunkan untuk membantu menyokong keupayaan semula jadi kulit serta menangani tanda-tanda penuaan yang berkaitan dengan tekanan luaran.
Dengan konsep beauty from within, ULTIMUNE membawa mesej bahawa kulit yang sihat bermula daripada asas yang kuat bukan sekadar menutup masalah permukaan, tetapi membantu memperkukuhkan rutin penjagaan kulit dari hari ke hari.
Lebih Daripada Skincare, Ia Adalah Sebuah Karya Seni
Dalam dunia kecantikan hari ini, produk bukan lagi sekadar produk. Pengguna semakin mencari sesuatu yang mempunyai cerita, identiti dan nilai emosi di sebaliknya. Kolaborasi ULTIMUNE × VERDY hadir dengan pendekatan tersebut menjadikan rutin kecantikan harian lebih menyeronokkan menerusi elemen seni yang unik. Rekaan khas dengan karakter VERDY memberikan sentuhan koleksi yang membuatkan botol serum ini bukan sahaja menjadi sebahagian daripada meja solek, tetapi juga sebuah item yang ingin dimiliki oleh pencinta kecantikan dan seni.
Dari Jepun Ke Pentas Dunia
Jepun sememangnya terkenal dengan pendekatan kecantikan yang menggabungkan tradisi, teknologi dan inovasi. Melalui SHISEIDO, warisan kecantikan Jepun terus berkembang mengikut perubahan zaman daripada makmal penyelidikan kepada kolaborasi bersama nama besar dalam dunia kreatif. Pertemuan bersama VERDY membuktikan bahawa kecantikan tidak mempunyai satu definisi sahaja. Ia boleh hadir melalui sains, seni, budaya dan cara seseorang memilih untuk menampilkan dirinya kepada dunia.
Dengan gabungan kepakaran SHISEIDO dalam penjagaan kulit dan kreativiti VERDY dalam seni visual, ULTIMUNE sekali lagi membuktikan mengapa ia kekal sebagai salah satu ikon kecantikan Jepun yang berjaya mencipta impak global.
Dalam kolaborasi istimewa ini, karakter ikonik ciptaan VERDY iaitu VICK gabungan karakter panda dan arnab yang menjadi identiti seni beliau memasuki dunia ULTIMUNE dengan membawa mesej positif yang selari dengan semangat jenama tersebut. Melalui karakter VICK, kempen ini menampilkan tenaga positif yang menjadi inspirasi di sebalik ULTIMUNE, iaitu tentang memberi sokongan kepada insan tersayang, menyebarkan kehangatan serta mencipta pengalaman kecantikan yang mampu menaikkan keyakinan diri melalui rutin penjagaan kulit.
Koleksi Eksklusif Untuk Pencinta Kecantikan & Seni
Bagi meraikan kolaborasi ini, hadiah pembelian eksklusif atau Gift With Purchase hasil kerjasama bersama VERDY turut diperkenalkan sepanjang tempoh kempen kepada pelanggan yang membeli produk ULTIMUNE. Inisiatif istimewa bersama duta global SHISEIDO, LISA, turut akan diperluaskan ke seluruh dunia bagi menyampaikan mesej kempen ini kepada lebih ramai pencinta kecantikan.
Inspirasi VERDY Di Sebalik Kolaborasi Bersama SHISEIDO
Menurut VERDY, inspirasi terbesar dalam berkarya datang daripada rasa teruja dan dorongan untuk mencuba sesuatu yang baharu.
“Apa yang benar-benar mendorong saya adalah perasaan yang hampir seperti naluri. Kebelakangan ini, saya tertarik dengan cabaran baharu hanya untuk mengejar rasa teruja itu. Ketika berada dalam fasa tersebut, SHISEIDO menghubungi saya.”
Bagi VERDY, kolaborasi bersama SHISEIDO merupakan pengalaman baharu kerana ini adalah kali pertama beliau bekerjasama dengan jenama kosmetik.
“Saya tidak pernah bekerjasama dengan jenama kosmetik sebelum ini, jadi ini adalah sesuatu yang benar-benar baharu untuk saya. Saya teruja untuk mencipta sesuatu yang menyeronokkan dan berbeza daripada apa yang pernah saya lakukan sebelum ini.”
Dalam menghasilkan visual kempen ini, VERDY menampilkan bukan sahaja karakter VICK, tetapi juga watak-watak wanita yang hidup dalam dunia kreatifnya, termasuk karakter baharu yang diinspirasikan daripada bunga camellia. Melalui elemen grafik yang menjadi identiti seninya, VERDY berharap kolaborasi ini dapat memberikan percikan rasa teruja kepada setiap individu walaupun hanya untuk seketika.
Selain itu, pelanggan yang membeli ULTIMUNE Power Infusing Serum 75ml atau set 15ml menerusi kempen Shopee 7.7 dari 6 hingga 9 Julai 2026 berpeluang menerima keychain eksklusif VERDY sementara stok masih ada.
Artikel Berkaitan: SHISEIDO Umum Lalisa Manobal Sebagai Global Ambassador Baharu ULTIMUNE



