Shu Uemura Unlimited Lasting Makeup Fix Mist diundi sebagai Penyembur Wajah (face mist) Pilihan oleh pembaca EH! bersaing dengan produk semburan wajah yang lain, ternyata face mist ini yang jadi kesukaan ramai.
Pergilah ke mana-mana belakang pentas fashion runway, anda akan melihat jurusolek profesional (MUA) menyembur wajah model dengan setting mist. Ini kerana ia amat membantu untuk mengekalkan hasil solekan dengan lebih lama, memberi penghidratan pada kulit terutamanya bila memakai solekan pusam, menyegarkan solekan dan juga sebagai sentuhan akhir for that healthy sexy glow!
Jenama dari Jepun yang sering menjadi pilihan MUA kerana mempunyai rangkaian bedak asas yang menakjubkan ini juga mempunyai sesuatu yang menyokong kehebatan bedak asasnya. Bila digandingkan bersama hasil solekan pastinya menjadi lebih menakjubkan dan lebih bertahan! Shu Uemura Unlimited Mattifying Makeup-Fix membantu solekan wajah dan mata bertahan sehingga 24 jam tanpa perlu ‘touch-up’ semula. Sesungguhnya tidak terhad sebagai makeup spray, ia juga diformulakan dengan derivatif ekstrak beras Jepun*1 dan minyak tsubaki yang terkenal sebagai perapi kulit untuk menjaga kulit dan mengekalkan kelembapannya.
Untuk efek pusam yang lembut, goncangkan botol dan semburkan ke atas solekan untuk mengunci solekan. Solekan tidak akan ‘bergerak’ sepanjang hari dengan warna yang kekal sama dari awal sampai akhir. Sambil itu Hidu aroma berinspirasikan hinoki Jepun. Kayu yang banyak digunakan untuk membina tokong di Jepun sejak 1000 tahun lalu ini turut mempunyai aroma menenangkan kayu cypres. 87 peratus wanita mengatakan ini adalah penyembur yang paling menyenangkan pernah mereka guna. Adakah anda akan menambah kepada peratusan itu?
Face mist ini juga menjadi kegemaran influencer kecantikan terkenal @sofeashra, lihat sahaja video TikTok-nya yang viral di bawah.
@sfeashraa EVERYONE SAY THANK YOU TO @shu uemura RIGHT NOW SEBAB I TAK PERNAHHH JUMPA SETTING SPRAY YG SEGEMPAK NI OKAY SUMPAH!!!! Sebagai manusia yg ada smile lines yg sangatlah teruk, this is gonna change my whole makeup game🥲 pegi la beli🥲 i takkan tiba tiba buat video pkl 3 pagi kalau i tak terkejut beruk tgk muka i after a whole day of makeup siap berpeluh time ootd semua and yet base i maintain je🥲 u guys know how wide my smile can get so mcm impossible la kalau makeup tak crack kan but haih i taktahu camne nak ckp hahahh #thisisnotanad ♬ How`s Your Day – aAp Vision
Info lebih lanjut tentang face mist terlaris Shu Uemura ada di pautan
INI
, boleh juga dapatkannya secara dalam talian di
LAZADA
.