Pejam celik satu persatu koleksi musim percutian muncul, penanda sudah tiba ke penghujung tahun 2023. Shu Uemura menjalin kerjasama dengan JoJo’s Bizarre Adventure untuk satu koleksi yang sangat menarik. Kami kongsikan 5 item kesukaan kami dari koleksi shu uemura x JoJo’s Bizarre Adventure ini.
Jenama kosmetik terkenal Jepun ini bijak membawakan budaya atau identiti Jepun dalam mana-mana kolaborasi termasuklah yang terbaru ini. Pemilihan kartun manga Jojo’s Bizarre Adventure atau dalam bahasa Jepunnya ‘JoJo no Kimyō na Bōken’, sangat genius sementelah manga ini sudah ada pengikut dan peminatnya sendiri. Mula diperkenalkan sejak 1987, ia sebuah ‘jenama’ yang sangat mesra di kalangan pengikutnya.
1- Perincian Chic
Saya secara peribadinya sukakan ‘rantai’ yang menghiasi penutup botol bedak asas ikonik Shu Uemura ini. Bagi saya ia sangat playful dan dalam masa yang sama nampak cute. Shu Uemura Unlimited Fluid Foundation Semestinya must have!
2- Gincu Marble
Oh yang satu ini memang menangkap mata. Rouge Unlimited Bizarre Marble (RM155) ini tampil unik dengan batang gincu ‘bercorak’ marble. Menurut Shu Uemura, campuran warna hijau limau dan merah jambu adalah satu gabungan ton yang mencipta keterujaan dan impian yang penuh cabaran.
3- Bekas Palet Yang ‘Cute’
Palet pembayang mata yang dibekaskan dalam palet bentuk hati ini tampil comel dan dilengkapkan dengan pilihan warna yang diinspirasikan dari warna batu-batu di persisir pantai dan ada juga warnanya beradun seperti batu marble.
Dilengkapi dengan sembilan warna, pemilihan warna pembayang mata ini cukup teliti dan Shu uemura memang memilih warna yang sesuai dengan ton kulit wanita Asia. Apa lagi yang menarik tentang pembayang mata ini? Ia hadir dengan lima tekstur dan kemasan, ada pusam, berkilat dan ada juga yang kelihatan ‘basah-basah’.
4- Gold Eyelash Curler
Bukanlah selalu kita membeli pengepit bulu mata, tapi jika ada yang cute seperti ini, mengapa tidak? Dengan perincian ‘charm’ corak rama-rama, eyelash curler ini antara tarikan untuk peminat Shu Uemura. Memandangkan pengepit bulu mata jenama ini antara yang ikonik (dan efektif), ini pastinya mesti ada dalam kit mekap anda. Harganya RM130.
5- Ultime8∞ Sublime Tsubaki Cleansing Oil
Sejujurnya ini antara minyak pembersih muka yang saya suka. Beberapa tahun dulu saya memang disiplin dan rajin membersih wajah dengan minyak ini. Namun setahun dua ini saya banyak menerima produk pembersih wajah dari pelbagai jenama jadi saya cuba yang lain dulu.
Tapi saya rasa terpanggil untuk memiliki edisi terhad ini. Tiba masa untuk saya kembali dengan rutin cucian saya yang dulu. Usia pun dah empat dekad, kenalah ekstra dalam bab penjagaan wajah. RM449 (450ml) dan RM202 (150ml).
Koleksi shu uemura x JoJo’s Bizarre Adventure akan berada di butik Shu Uemura dan secara dalam talian di Lazada Mall bermula 1 November 2023.
BACA: Shu Uemura Unlimited Lasting Makeup Fix Mist, Face Mist Pilihan Nombor 1