Tandakan kalendar anda pada 21 Januari 2021 kerana SK-II bakal mengumumkan pelancaran Super Grand Opening untuk kedai flagship LazMall di Lazada dan dimeriahkan dengan pengalaman premium beli-belah terbaik. Jangan lepaskan peluang yang ditunggu-tunggu ini.
Sebagai seorang penggemar setia membeli-belah secara dalam talian, salah satu faktor yang membuatkan saya berminat untuk melayari sesuatu laman web adalah dengan melihat desain laman web yang menarik. Kedai SK-II LazMall menangkap pandangan saya dengan visual yang sangat menarik. Saat melangkah ke laman utama saya disambut dengan visual yang memudahkan saya untuk akses ke setiap halaman. Sudah tentu, Essence PITERA™ menjadi pilihan utama saya. Tanpa melengahkan masa terus tambah sahaja ke dalam troli pembelian.
Sebuah kejutan visual dipaparkan bersama pengalaman beli-belah yang bersifat peribadi hanya di kedai flagship SK-II LazMall.
Jika anda risau terlepas pengalaman membeli-belah di kedai dengan kemudahan dan keselesaan yang tersedia termasuklah sesi konsultasi dengan pakar kulit di kaunter, semuanya boleh juga dinikmati di SK-II LazMall. Anda boleh menerima khidmat nasihat penjagaan kulit secara peribadi daripada pakar kulit bertauliah melalui ruang chat yang ada di laman SK-II LazMall. Bayangkan, membeli-belah dari di rumah juga boleh menerima petua penjagaan kulit pada masa yang sama. Segalanya lebih senang dan selesa.
Pengalaman menarik dari SK-II LazMall tidak berakhir di sini. Nikmati juga bungkusan dan penghantaran istimewa untuk setiap belian produk SK-II melalui talian LazMall. Sesungguhnya, pengalaman secara keseluruhan sangat mengagumkan. Proses penghantaran pun sangat mudah juga!
Siap sedia untuk dimanjakan pada saat hari pelancaran istimewa
Bukan itu sahaja, masih banyak lagi kejutan yang bakal membuat anda tambah teruja. SK-II menyebarkan cintanya dengan lebih istimewa khas untuk pelanggan LazMall!
Bermula hari ini sehingga 20 Januari 2021: Pra-pembukaan Istimewa
Sempena dengan pelancaran kedai flagship SK-II LazMall, SK-II menawarkan set eksklusif XOXO dalam kuantiti terhad hanya dalam tempoh ini. PITERA™ Essence XOXO New Year Limited Edition tampil dengan rekaan corak botol yang cukup menarik. Botol merah terang yang dihiasi dengan corak berus emas yang berani dalam motif XOXO, lambang pelukan dan ciuman sebagai pembuka paling manis buat tahun baharu.
21 Januari 2021 : Super Grand Opening
Pada hari pelancaran dari pukul 12-2 pagi, SK-II akan menawarkan rangkaian eksklusif hanya untuk pelanggan di LazMall, jadi pastikan untuk ikut dan klik beli untuk mendapatkan semua kebaikan PITERA™ untuk mencapai matlamat kulit sejernih kristal!
Apa yang bakal kita perolehi
Sebagai peminat SK-II terutamanya Essence PITERA™, kami sangat berbesar hati mengetahui hanya dengan satu klik sahaja anda boleh miliki kulit sejernih kristal. Essence PITERA™ atau Facial Treatment Essence adalah produk signature di SK-II dan juga yang paling laris. Esen bertekstur pekat ini mempunyai keupayaan dalam mentransformasikan kulit. Jutaan wanita seluruh dunia sudah pun mengalami perubahan hebat ini.
Oleh itu, kami pasti peminat PITERA™ akan berebut untuk mendapatkan produk kegemaran mereka dengan pantas! Sekiranya anda belum memiliki produk ini, inilah masa paling tepat untuk anda memulakan perjalanan anda bersama PITERA™. Kunjungilah kedai SK-II LazMall sekarang dan ikuti perkembangan terkini!
Dibawakan oleh SK-II kepada anda. Setiap ulasan adalah milik penulis.