Hijau dan merah neon menjadi daya tarikan buat SK-II PITERA Essence edisi terhad musim percutian.
Bila formula yang sedia ada sudah cukup bagus, tiada alasan mengapa perlu diubah-ubah. Dan kerana itu jugalah mengapa SK_II terus setia memasarkan SK-II PITERA Essence, ‘air ajaib’ yang ditepuk-tepuk pada muka usai wajah dicuci.
Mengandungi 90 peratus Pitera, yakni bahan semula jadi hasil penapaian yis, ‘air’ kebanggaan SK-II ini sudah empat dekad menjadi pilihan ramai wanita seantero dunia sebagai produk utama dalam langkah penjagaan kulit mereka. ‘Crystal clear skin’ menjadi tagline yang mempopularkan kehebatan yang dimiliki produk ini.
Cate Blanchette, Chloe Grace Moretz, dan ramai selebriti Asia seperti Tang Wei dan yang terkini Mina anggota kumpulan pop Korea, TWICE mengakui keberkesanan SK-II PITERA Essence ini.
Sempena musim percutian hujung tahun, SK-II melancarkan botol edisi terhad yang diinspirasikan sebagai ekspresi diri dalam menonjolkan kuasa untuk tampil berseri. ‘Miracle water’ kali ini dibotolkan dalam botol yang tampil dalam warna hijau dan merah neon, ton yang sangat menonjol. Memeriahkan kempen botol edisi terhad ini, dua duta SK-II MINA (TWICE) dan penyanyi-penulis lagu kelahiran China, Leah Dou menghiasi kempen ini.
Bagi anda yang memang pengguna setia SK-II PITERA Essence, ini antara botol yang patut ada dalam koleksi anda. Saban tahun SK-II tampil dengan botol edisi istimewa, yang ini juga pastinya konsep botol yang tidak harus anda lepaskan. Bagi yang anda yang masih mencari-cari produk yang mujarab untuk kulit berseri, jernih bak kristal menurut SK-II, mungkin inilah detik tepat buat permulaannya. Siap sedia untuk kulit yang lebih berseri menjelang Januari 2023 nanti.
SK-II PITERA Essence Edisi terhad sudah berada di pasaran, terdapat di kaunter kecantikan SK-II dan juga secara dalam talian di Lazada Mall.
BACA: 10 Krim Muka Paling Mahal, Dari Seribu ke 3 Ribu Ringgit