Ia bakal dikeluarkan 8 September ini! Jom lihat sneak peek rangkaian produk solekan Rihanna di rencana ini.
Rangkaian produk solekan dari Rihanna iaitu Fenty Beauty bakal temui peminat barangan mekap pada 8 September ini di Amerika Syarikat.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh Rihanna yang mula berkongsi sneak peek di sebalik rangkaian solekan keluarannya itu dengan memuat naik video model menggunakan produknya ke dalam Instagram dan dalam masa yang sama mempunyai mesej mengajak pembeli untuk ke butik Sephora untuk melihat sendiri informasi mengenai produk itu dengan lebih mendalam.
Apa yang dilihat, seakan menunjukkan yang mana akan ada banyak koleksi lip gloss, highlighter, pembayang mata krim serta glitter. EH! kongsikan sedikit sneak peek Rihanna Fenty Beauty untuk tambah keterujaan anda.