DUA LIPA

Memilih menggayakan gaun vintaj Versace, Dua Lipa dilihat seakan menggelapkan sedikit warna kulitnya, membuatkan penampilannya tampak eksotik dan seksi. Tambah pula rambut blonde nya membuatkan penampilan ini lebih ‘bombshell’.
Dua Lipa tampaknya menonjolkan solekan ini pada warna bibirnya sahaja. Gincu merah lebam menajdi pilihan sementelah warna ini jugalah yang popular di era 90-an, sama era dengan gaun vintaj Versace ini. Kening Dua tampil tebal dan gelap, kontras denganw arna rambutnya. Saya fikir ini salah satu eksperimentasi gaya secara halus.