Malam berprestij di Cannes tahun ini masih hangat diperkatakan. EH! Bariskan ilham solekan terbaik tahun ini. Siapakah paling menyerlah?
Tahun 2021, Festival Filem Cannes kembali dengan megah dan penuh glamor dalam meraikan kegemilangan kala berada di karpet merah secara live. Seperti kebiasaan, festival ini tidak lari dengan ilham cantik paling memikat hati. 10 terbaik solekan less is more lebih natural, ringkas tetapi bersinar bab bintang.
BELLA HADID
Solekan istimewa oleh Dior serlahkan wajah mulus model terkenal kala melangkah ke karpet merah. Untuk wajahnya palet neutral Diorskin Forever Skin Correct sebagai asas dan Dior Backstage Powder. Matanya pula menggunakan palet 5 Couleurs Palette Couture dan maskara ikonik kod 689 Mitzah Mascra Diorshow Iconic Overcurl dan N 090 Diorshow Kohl. Pemanis wajah cantiknya bersama Rouge Blush dan Dior Addict Lip Glow.