Kunci kepada kecantikan sebenar adalah keserian dari dalam, tetapi apabila ditambah dengan penggunaan item solekan ini wajah akan lebih berseri daripada kebiasaan.
Kecantikan semula jadi lebih terserlah dengan seri wajah tetapi dengan gaya hidup kita masa kini seperti pemakanan yang tidak sihat, tidur lewat malam, merokok atau terdedah pada asap rokok dan pencemaran sekitar membuatkan kulit secara perlahan-lahan hilang seri semula jadinya.
Bukan itu sahaja, malah juga kondisi kulit juga terimpak sama dengan mengalami seperti kekeringan lebih-lebih lagi di bahagian hidung dan mulut.
Usah bimbang lagi kerana anda tidak terlambat untuk mengembalikan kulit berseri dari dalam dengan adanya produk terbaharu dari THE FACE SHOP, Ink Lasting Foundation Glow Fit dari rangkaian Ink Lasting Foundation.
Ia diformulasikan secara khas untuk memulangkan semula seri wajah ke dalam kompleks kulit, dan ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit kering. Yang paling penting ia mampu bertahan sepanjang hari tanpa memberikan kulit seakan cakey ditambah pula dengan perlindungan SPF30 PA++ dari sinaran UV.
Ia hadir dalam empat ton iaitu N201, V201, N203, dan V203 (ton N disarankan untuk mereka yang mempunyai asas kulit neutral, manakala ton V untuk mereka yang mempunyai ton kulit pink).
Istimewanya lagi menerusi ciri-cirinya adalah ia dengan segera memberikan kulit lembut pada tekstur serta menambah sentuhan seri natural pada wajah. Bahkan formulanya juga mampu melitupi garis halus serta tona tidak sekata.
Pentingnya lagi apabila ia dihasilkan cukup ringan jadi ia membuatkan kulit seakan tidak memakai apa-apa. Dengan bahan-bahan anti-penuaan yang hebat membantu merawat garis halus dan kedut pada wajah.
THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Glow Fit boleh didapati semua stor THE FACE SHOP dan secara atas talian di www.thefaceshop.com.my mulai 1 Mei 2019.
Namun, dengan kulit yang sudah cukup glow tidak lengkap jika tanpa sebarang rona gincu yang memukau. Dengan Lip Cut Rouge Velvet, produk ikonik dari VDIVOV, satu jenama kecantikan dari Korea, ia mampu menambahkan lagi seri wajah.
Ia memberikan bibir kelihatan ultra-vivid dengan efek super-sharp serta-merta. Dicipta lembut seakan velvet, kulit kedua ini diformulasikan dengan kandungan Lip Lighting Pigment yang mana bertindak sebagai instant spotlight, mencerahkan lagi ronanya pada permukaan bibir. Biarpun ia direka semi-matte tetapi tidak langsung mengeringkan kulit bibir.
Lip Cut Rouge Velvet hadir dalam lapan rona yang mana sesuai untuk semua ton kulit dan acara. VDIVOV kini telah pun mengikuti keluarga LG H&H Beauty Division yang mana turut serta bersama jenama lain di Malaysia termasuklah THE FACE SHOP, Beyond, Beyond The Remedy CNP Laboratory dan belif.
VDIVOV kini boleh didapati di pasaran bermula April 2019 lagi di stor THE FACE SHOP terpilih. Anda juga boleh mendapatkannya secara atas talian di https://www.thefaceshop.com.my atau Zalora.