Kamu lebih suka membeli alat solek atau produk penjagaan kulit? Apabila dapat gaji hujung bulan, mana yang akan dibeli dulu?
Ada orang lebih suka melabur wang dengan membeli skincare, bagi mereka bila kulit cantik, tak perlu beli banyak alat solek. Ada pula lebih senang berhabis dengan alat solek kerana bagi mereka solekan bukan sekadar untuk menutup kekurangan wajah tapi juga satu ekspresi dalam bersiap. Bagi saya kedua-duanya tak salah. Dalam gaya hidup masa kini yang sering saja sibuk, kita memerlukan kedua-duanya.
“Solekan bermula dengan kulit yang cantik,” kata Mr Shu Uemura. Dan kulit yang cantik bermula dengan cucian yang sempurna. Membersih muka setiap hari adalah rejim yang saya fikir wajib dituruti sesiapa sahaja. Tidak kira apa jua aktiviti harian, berada di bawah panas terik atau berada di bilik atau pejabat berhawa dingin, wajah mesti dicuci bersih-bersih setiap hari.
Tetapi, pilihan produknya biarlah betul dan sesuai dengan jenis kulit. Tak semestinya wajah yang dicuci bersih tidak akan ada masalah, cuci pakai sabun badan pun mungkin bersih tapi apa kesannya dalam jangka masa panjang? Kulit boleh menjadi sangat kering, bila kering akan lebih cepat nampak berusia. Disinilah pentingnya memilih produk pembersih yang betul-betul membersih, merawat dan membelai kulit. Salah satu opsyen terbaik bagi yang mahu kulit bersih dan kekal lembap adalah dengan menggunakan pembersih jenis minyak (cleansing oil).

Sejujurnya tidak banyak minyak pembersih muka yang saya senangi, tapi yang satu ini memang jadi kesukaan saya sejak dahulu lagi. Pembersih muka jenis minyak shu uemura ultime8 sublime beauty cleansing oil memang antara yang kekal ada di dalam kamar mandi saya. Saya memang gunakannya sebagai pembersih wajah khususnya pada hari saya mengenakan alat solek. Ia membersihkan mekap dengan lembut dan sempurna. Saya memang suka mengurut muka apabila menggunakan minyak ini, dan bagi saya ini salah satu cara untuk saya pamper diri sendiri, ambil masa untuk memanjakan diri sendiri.
Ultime8 sublime beauty cleansing oil ini hadir dengan laban jenis minyak botani termasuklah minyak tsubaki Jepun yang mana dipetik dengan tangan dan diproses di Pulau Toshima. Minyak pembersih ini 100 peratus mesra air dan membership solekan semua jenis alat solek termasuk yang kalis air dengan mudah.
SOLUSI PANTAS KULIT CANTIK
Dalam dunia yang begitu maju dengan pelbagai jenis teknologi, kulit yang berseri-seri tidak semestinya hanya boleh dimiliki dengan penjagaan kulit yang berterusan. Ada masanya bila kita terlalu sibuk dan letih dengan urusan harian, kesan letih itu boleh terserlah pada wajah; kusam dan hilang seri. Pada waktu-waktu beginilah kita memerlukan alat solek khususnya bedak asas.

Memilih bedak asas bukan hanya perlu dinilai dari segi tekstur dan warnanya semata, harus juga diambil kira formula lainnya, misalnya mampukah ia bertahan lama dengan cuaca kita yang panas-lembap? Hal ini yang diambil kira shu Uemura dalam pembikinan bedak asas ‘unlimited breathable lasting fluid foundation’.
Bedak asas jenis cecair ini memberikan kemasan luminous matte yang kekal cantik tanpa bertukar warna (oxidise), malah tahan lama sehingga 24 jam. Diperkaya dengan minyak tsubaki Jepun, formulanya memastikan kulit kekal selesa dan tidak terasa kering walaupun hadir dalam kemasan pusam. Solekan juga nampak lebih mulus dan tidak bercapuk. Teksturnya ringan, selesa pada kulit, dan juga buildable yakni anda boleh tetapkan sendiri mahu olesan yang tipis atau liputan yang lebih menyeluruh (full coverage). Ada 20 pilihan ton yang direka khas untuk padanan kulit Asia. Harga, RM235.
