Setiap wanita impikan kulit wajah yang halus mulus tanpa sebarang cela. Mungkin anda pula patut cuba masker wajah ini untuk realisasi kulit idaman.
Penantian anda selama ini akan berakhir dengan kegembiraan kerana Masker Anjeri dari Thailand ini bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Produk kecantikan yang dicipta oleh pengasasnya, Thanadon Yingsiriworakun dari Rayanskin International Co.Ltd ini berpangkalan di Thailand.
Antara siri masker Anjeri yang pastinya menjadi kesukaan ramai termasuklah Anjeri Gold Facial Mask, Anjeri Silver Facial Mask, Anjeri Gold Sleeping Mask dan Anjeri Silver Sleeping Mask.