1. Pupur Topeng Untuk Kulit Berminyak, Daun Lidah Buaya Untuk Selaran Matahari
Pupur topeng menjadi kegilaan rakyat Korea Selatan yang mementingkan kecantikan kulit termasuk Son Ye Jin. Sewaktu temu bual bersama majalah Her World pada 2020, pelakon itu mendedahkan dia tidak boleh menggunakan terlalu banyak produk kerana memiliki jenis kulit berminyak dan memilih produk menghidrat jika kulitnya menjadi kering sewaktu mengembara. “Pupur topeng antara produk yang mesti saya bawa kala ke luar negara. Saya juga membawa daun lidah buaya untuk disapu pada kulit yang terkena selaran matahari,” jelasnya yang mengakui memakai pupur topeng hampir setiap hari.