Menurut bintang berusia 40 tahun itu, dia diajar oleh ibunya untuk menitikberatkan penjagaan kulit sejak usia muda dan hanya menggunakan satu bahan di dapur untuk mendapatkan kulit mulus iaitu susu.
Apa yang dilakukannya adalah menyapukan susu suam pada wajahnya sebagai langkah terakhir mencuci wajah. Kaedah ini menyingkir sel mati dan meresap jauh ke dalam untuk membantu memastikan kulit kekal bersih dan jernih.
Malah membilas wajah dengan cara ini juga bermanfaat pada musim sejuk kerana ia menawarkan dua efek iaitu membekal dan mengekalkan lembapan pada masa yang sama.