Susu sememangnya telah digunakan sejak berzaman lalu untuk tujuan kecantikan, malah Cleopatra juga dikatakan mengamalkan mandi susu untuk penjagaan kulit.
Hakikatnya, kandungan AHA (Asid Hidroksi Alfa) dan mineral yang tinggi di dalam susu membekalkan lembapan dan nutrien kepada kulit, menjadikannya lebih sihat.
Komponen AHA yang juga dikenali sebagai asid laktik merupakan faktor pelembap semula jadi yang dihasilkan ketika proses penapaian susu.
Kebiasaannya membilas wajah dengan susu dilakukan sebagai langkah terakhir penjagaan wajah, seperti yang diamalkan oleh Song Hye Kyo. Untuk hasil lebih berkesan, ia boleh dicampur dengan kandungan lain dan dipakai sebagai pupur selama 20 minit.
Foto: Instagram