Smashbox Halo cream cheek + Lip Tint
Hari ini semakin banyak produk yang dicipta dwi-fungsi termasuklah satu produk buat gincu dan pipi. Selain kerana formula yang semakin berteknologi, saya rasa trend solekan yang mahukan efek berkilau-kilau semula jadi juga menjadi salah satu faktor. Smashbox juga menambah variasi pilihan apabila mereka melancarkan Halo Cream Cheek + Lipt Tint, teksturnya berkrim memberikan kemasan warna berkaca dan tahan lama. Ia dimewahkan dengan minyak primer kompleks yang menjadikannya selesa serta mudah dimesrakan pada kulti dan bibir. Hanya guna jari sahaja untuk kemasan yang lebih semula jadi dengan efek samar-samar.