Oleh Farhana Fuad
Mungkin tidak ramai yang biasa dengan potongan rambut stail rambut retro pada tahun 1950 yang diperkenalkan di negara Barat. Stail rambut ini diketengahkan oleh Elvis Presley pada era 50-an dan menjadi ikutan muda mudi pada era itu dan nampaknya ia kembali menjadi pilihan jejaka stailo untuk menggayakan rambut mereka begini.
Antara bintang legenda Hollywood lain yang terkenal dengan gaya ikonik adalah James Dean juga turut menggayakan potongan rambut yang kemas dan maskulin ini. Kini, rambut stail retro 50-an terus mendapat perhatian dan diubah menjadi lebih moden di kalangan lelaki dan kini sudah ada kedai gunting rambut atau barbershop yang khas untuk memotong rambut stail ini di negara kita. Malah, dikemaskan lagi dengan menggunakan produk penggayaan yang dinamakan pomade agar stail rambut retro ini boleh tahan lebih lama.
Kini, anda tidak perlu risau untuk membeli pomade online dari luar negara kerana ianya sudah boleh didapati di negara kita bahkan ada juga produk pomade buatan lokal. Malah ianya dijamin halal dan selamat kerana bahan yang digunakan juga dari sumber organik.
Mungkin stail rambut retro 50-an ini boleh dijadikan inspirasi buat stail rambut raya nanti. Jom lihat stail rambut retro 50-an ini yang pastinya menampakkan diri sang jejaka lebih segak dan maskulin.
Gambar: Skuxx Pomade
Pompadour
Gambar: zestyfashion.com
Undercut
Gambar: litejiaju.com
Slicked Back
Gambar: samvilla.com