Kemunculan mengejut Lady Gaga di pentas halftime Super Bowl menjadi antara momen paling dibicarakan malam itu. Tampil sebagai bintang jemputan kepada Bad Bunny, Gaga membawa bersama aura kecantikan yang penuh makna, emosi dan simbolik. Persembahan ini diraikan sebagai penghormatan kepada cinta, kepelbagaian budaya dan identiti Puerto Rico.
Daripada solekan hingga ke hujung kuku, setiap perincian pada penampilan Lady Gaga malam itu benar-benar intentional. Bibir merah ikonik yang instantly menjadi topik perbualan serta padanan warna yang terasa segar menjadikan keseluruhan look ini sukar untuk dilupakan. EH! bongkarkan bagaimana penampilan ini menjadi inspirasi dan cara untuk steal the look Lady Gaga yang kini menjadi obsesi dunia kecantikan.
Bibir Merah Ikonik Gaga
Jika ada satu elemen yang benar-benar mencuri tumpuan, ia adalah bibir merah Lady Gaga. Bold, klasik dan penuh aura superstar. Solekan ini dicipta oleh jurusolek kepercayaannya, Sarah Tanno, menggunakan gincu ikonik daripada Haus Labs, iaitu Atomic Shake Lip Lacquer.
Gincu ini kini tidak lagi dijual. Namun menurut Sarah Tanno sendiri, ia akan kembali tidak lama lagi, satu berita yang membuat peminat kecantikan tidak senang duduk. Oleh itu, alternatif terdekat yang anda boleh padankan adalah Le Monster Lip Crayon dalam rona Scarlet Matte untuk efek merah dramatik ala Gaga.
Solekan Mata & Pipi
Untuk bahagian mata, solekan Gaga tampil kemas tanpa menghilangkan kelembutan. Teknik sculpting digunakan bagi membentuk kontur wajah yang halus, diserlahkan dengan eyeliner hitam dan maskara yang memberikan definisi tepat. Rona pipi pula dipilih daripada kemerahan lembut, selari dengan warna bibir dan aksesori, mencipta keseimbangan visual yang sofistikated dan tidak berlebihan.
Gaun Biru
Busana yang digayakan Lady Gaga turut membawa simbolisme tersendiri. Gaun biru khas itu dipilih kerana warnanya yang menyerupai bendera kemerdekaan Puerto Rico. Penampilan ini dilengkapkan dengan korsaj bunga rekaan Piers Atkinson, menampilkan flor de maga bunga kebangsaan Puerto Rico. Menariknya, rona bunga ini turut dipadankan dengan warna bibir dan kuku Gaga, menjadikan keseluruhan penampilan sebagai satu penghormatan penuh makna terhadap budaya yang diraikan.
Kuku Merah Jambu
Di bahagian kuku, sentuhan moden dan berani diberikan oleh nail artist terkenal Miho Okawara. Menggunakan gel extensions dan rona merah jambu kemerahan yang terang, kuku Gaga diselaraskan dengan kasut tumitnya, memberikan kesinambungan visual yang kuat. Untuk lapisan asas dan kemasan, Miho memilih jenamanya sendiri, La Shade, yang terkenal dengan formulasi lembut dan mesra kuku.
Gaya Rambut Old Hollywood
Gaya rambut Lady Gaga pula mengangkat keanggunan klasik dengan sentuhan Hollywood lama. Digayakan oleh Frederic Aspiras, rambut Gaga dibentuk dalam gaya side-swept waves yang elegan dan timeless. Dalam perkongsian, Frederic menyifatkan persembahan ini sebagai satu momen kesatuan dan kebanggaan, sambil menghargai Bad Bunny kerana berkongsi kisah budaya yang begitu bermakna di pentas dunia.
Produk Rekomendasi EH!;
Le Monster Lip Crayon dalam rona Scarlet Matte

Precision Sculpt Shaping Balm

Power Sculpt Velvet Powder Bronzer

Color Fuse Blush Powder

Clear Cut Liquid Eyeliner

Artikel Berkaitan: Bad Bunny Cipta Sejarah di Pentas Super Bowl LX Halftime Show, Gayanya Jadi Buah Mulut
