Jurusolek selebriti, Ummi Nasir berkongsi langkah demi langkah dua gaya solekan menggunakan rangkaian produk barenbliss. Antara tatarias yang natural dan glamor, mana satu pilihan anda?
‘Joyful Clean Beauty’, tagline yang menjadi rumusan bagi jenama kosmetik dari Seoul yang sedang menjadi buah mulut dikalangan beauty freak, barenbliss atau singkatannya BNB. Diasaskan oleh jurusolek terkenal Korea, Jina Kim pada tahun 2021, BNB mempunyai rangkaian produk yang tular di media sosial seperti Peach Makes Perfect Lip Tint dan Moist Mochi Paste Powder Blush. Rangkaian alat solek barenbliss bukan sahaja sempurna dengan efek solekan yang menyerlah namun harganya juga mampu milik.
Istimewa buat pembaca EH!, barenbliss memilih jurusolek selebriti yang juga merupakan pempengaruh dunia kecantikan, Ummi Nasir untuk berkongsi dua gaya solekan, Soft Peach Makeup Look dan juga gaya yang lebih menyerlah, Glam Makeup Look. Ummi berkongsi rangkaian produk penting yang digunakannya ke atas wajah beauty influencer, Lina Azaian untuk menyempurnakan dua stail solekan ini. Kesemua produk yang Ummi Nasir gunakan ini boleh didapati di stor Watsons termasuk secara dalam talian di pautan INI!
SOFT PEACH MAKEUP LOOK
Tatarias ini menonjolkan gaya solekan yang segar dan muda berseri dengan pemilihan ton pic khususnya pada solekan bahagian mata, pipi dan bibir.
Untuk asas solekan, Ummi menggunakan Locklook Hydra Smooth Poreless Primer diikuti Bloomatte Perfect Zoom Cover Cushion LN1 Calendula yang diformula dengan Miracle Bloom Essence dan Double Lock Technology, menghasilkan kemasan pusam (matte) dan mampu bertahan sehingga 16 jam.
Untuk asas ini juga, Ummi menggunakan Bloomdew Aqua Pearl Concealer untuk menutup cela wajah seperti parut dan bintik hitam. Dan Ummi set asas solekan ini dengan layangan bedak tabur Bloomatte Soul-Matte Loose Powder 00 Fair Gelato. Bedak tabur ini digunakan untuk menyamarkan pori wajah, dan yang menariknya bau bedak tabur ini wangi, bau bunga sakura.
Ummi melengkapkan solekan mata dengan sapuan pembayang mata Dream Chaser Quad Eyeshadow Palette 03 Sugary Rose. Palet pembayang mata ini menampilkan empat pilihan warna menarik, termasuk dua highlighter yang berkilau dan dua warna matte yang lembut.
Sapuan Roll to Volume Mascara pada bulu mata membuat solekan mata lebih menyerlah. Kening pula dilukis dengan Make Me Plushy Eyebrow Duo Dark Brown untuk menghasilkan bentuk kening yang lebih natural.
Highlight utama solekan ini semestinya pada bahagian bibir. Ummi memilih Peach Makes Perfect Lip Tint S15 Cool Summer untuk melengkapkan solekan ini. Lip tint era baharu ini menawarkan warna yang menyerlah dan kemasan yang berkilauan di bibir. Lip tint ini lengkap dengan aplikator besi yang unik dan diperkaya dengan bahan-bahan berkhasiat untuk menyihatkan serta menjaga kelembapan bibir. Ia juga bertekstur ringan membuatkan bibir rasa selesa dan dalam masa yang sama bibir kekal lembap.
Gaya solekan pic ini disempurnakan dengan sapuan pemerah pipi dalam ton yang sepadan. Ummi memilih Moist Mochi Paste Powder Blush 02 Peachy Beach untuk menyerikan bahagian pipi Lina Azaian. Istimewanya pemerah pipi ini bukan sahaja kalis air, malah bertekstur ringan dan breathable, memberikan kesan tahan lama sehingga 12 jam tanpa menyumbat pori.
Untuk set keseluruhan solekan, Ummi semburkan keseluruhan wajah Lina Azaian dengan Locklook Dewy Setting Spray. Semburan wajah ini mampu menyegar dan melembapkan kulit serta membuatkan solekan lebih glowing. Produk ini diformula dengan teknologi Stay-On Lock, agen 4X penghidratan dan RealCalm yang memastikan wajah kekal lembap sepanjang hari.
GLAM MAKEUP LOOK
Gaya solekan kedua ini lebih bold, lebih menyerlah dan semestinya lebih glamor. Pemilihan warna juga lebih bold dengan kemasan yang lebih menonjol. Untuk asas solekan, Ummi menggantikan sapuan primer dengan Bloomvegan Bare Nude Tinted Moisturizer LW2 Daisy, kemudian diikuti sapuan rata bedak kusyen, penyamar noda (concealer) dan bedak tabur sebagai set atau kunci solekan asas.
Keunikan solekan ini terletak pada penggunaan pembayang mata berkilau yang menyerlahkan lagi keseluruhan penampilan. Ummi memilih warna-warna dari palet Dream Chaser Quad Eyeshadow Palette 04 Dreamer Dust yang menawarkan ton lebih pekat dan gelap.
Selain sapuan maskara Roll to High Mascara yang melentikkan bulu mata, solekan mata diserlahkan juga dengan Black Eclipse Eyeliner sebagai penggaris mata. Penggaris mata ini datang dengan formula tidak mudah comot (smudgeproof). Untuk bahagian pipi, Ummi sapukan Moist Mochi Paste Powder Blush 01 Berry Lava untuk kelihatan lebih menyerlah.
Selain solekan mata berkilau, sentuhan glamor ini turut diperkemaskan dengan sapuan gincu yang lebih bold daripada rangkaian No Gravity Transferproof Matte Lipstick. Ummi memilih rona 01 Mercury Peach sebagai pelengkap gaya. Gincu ini hadir dengan formula transferproof yang membuatkannya mampu bertahan selama 16 jam, calitan yang kekal dari siang ke malam. Menariknya ia mempunyai formula serum yang memelihara bibir dan kemasan pusam yang membuatkan riasan bibir lebih menyerlah.
Ummi melengkapkan solekan bibir dengan calitan Plum Makes Plumping Lip Gloss 04 Sheer Glitter. Sapuan glos ini bukan sahaja membuatkan bibir tampak lebih mungil namun dalam masa yang sama ia melembapkan bibir.
Setelah solekan lengkap , solekan ini dikunci dengan Locklook Matte Setting Spray. Penyembur wajah ini kalis air, kalis peluh, transferproof dan juga mengawal minyak pada wajah, hasilnya solekan mampu bertahan selama 16 jam.
5 PATUT TAHU TENTANG BARENBLISS
1. barenbliss diasaskan pada tahun 2021 oleh jurusolek tersohor Seoul, Korea Selatan, Jina Kim.
2. Clean formula yang dihasilkan barenbliss dicipta oleh Korean Skin Lab dengan definisi ‘clean beauty’ yang maju.
3. Tagline ‘Joyful Clean Beauty’ adalah tagline yang membawa maksud produk barenbliss yang berkualiti hasil ramuan berkualiti dan juga pengalaman penggunaan produk yang menyeronokan.
4. Dalam memastikan produk barenbliss kekal berkualiti, bersih dan selamat digunakan, mereka secara tegasnya mengelak penggunaan lebih 2000 bahan yang memudaratkan dalam rangkaian produk mereka.
5. Rata-rata bahan yang terkandung di dalam produknya berunsurkan vegan dan bebas sebaran unsur penyiksaan haiwan. Mereka juga memberi tumpuan pada pembungkusan yang mesra alam.
BACA: MUA Pilihan Selebriti Malaysia, Siapa Paling On Demand?