Kosmetik profesional dengan pelbagai warna, tekstur dan fungsi yang lengkap, Make Over kini melebarkan sayap kecantikan di Malaysia!
Step By Step Solekan Make Over! Jenama kosmetik profesional dari Indonesia, Make Over sememangnya terkenal dengan rangkaian produk kosmetik yang luas, termasuk alat solek untuk wajah, mata dan bibir. Mengutamakan kualiti dan inovasi dalam setiap produk, Make Over menawarkan pelbagai pilihan warna, tekstur dan fungsi untuk memenuhi keperluan anda tidak kira majlis atau jenis solekan yang pelbagai.
Kini di Malaysia, Make Over mahu anda alami penggunaan solekan yang profesional, kekal sepanjang hari biar dalam apa jua situasi. Ikuti step by step solekan bersama SofeaShra & Japhet Bong!
Solekan bukan sahaja tentang kecantikan luaran, tetapi juga satu seni yang membolehkan kita mengekspresikan diri. EH! telah berkesperimen dengan item magis ini pada pempengaruh kecantikan, SofeaShra dalam satu pengambaran 2 video durasi satu minit buat paparan di media sosial, hasil tangan Japhet Bong, tampak seamless, bersinar dan kemas.
Anda akan dibimbing untuk mendapatkan solekan yang sempurna dari awal hingga akhir, tampil flawless dari siang hingga ke malam. Mari kita lihat langkah-langkah mudah dalam sesi Make Over ini!