DAYLIGHT LOOK
1. MAKE OVER Powerstay 24H Weightless Liquid Foundation
Pilihan yang ideal bagi mereka yang mahukan kemasan ringan tetapi tetap mempunyai coverage yang baik. Bong aplikasikan kod #W22 Warm Ivory pada SofeaShra dengan berus & sponge untuk hasil yang lebih sekata.
Tip Japhet Bong: Mulakan dengan sedikit dan tambah jika perlu untuk mengelakkan bedak asas kelihatan tebal dan cakey. Pastikan juga untuk memilih warna yang sepadan dengan tona kulit anda.
2. MAKE OVER Hydrastay Liquid Tint Blush
Tekstur cecair yang ringan ini mudah disapu dan cepat meresap ke dalam kulit. Terdapat dalam 5 pilihan warna, 01 Flair, 02 Gala, 03 Solace, 04 Dolce dan 05 Sun-Baked, tint ini memberikan kelembapan dan kesan dewy, menjadikan wajah tampak lebih berseri
3. MAKE OVER Powerstay Eye Palette Hall Of Stars
Mengandungi pelbagai warna dengan formula matte, shimmer dan metallic, yang membolehkan kreativiti tanpa had, Bong memilih tona cerah dan semula jadi pada rupa Daylight SofeaShra.
4. MAKE OVER Hyperblack Superstay Liner
Untuk menonjolkan mata, sapukan eyeliner pada garis bulu mata. MAKE OVER Hyperblack Superstay Liner diformulasi dengan cecair hitam pekat yang memberikan warna yang sangat gelap dan intens. Tahan air dan tahan lama, memastikan garis eyeliner tetap sempurna hingga 24 jam tanpa pudar atau comot.
5. Make Over Lash Impulse Waterproof Mascara
Jangan lupa untuk melentikkan bulu mata dahulu dan sapukan Make Over Lash Impulse Waterproof Mascara bagi memberikan efek mata yang lebih besar dan bulu mata yang tebal.
6. Make Over Powerstay Glazed Lock Lip Pigment
Mengandungi pigmen yang kaya untuk memberikan warna yang intens dan tahan lama, Bong memilih kod D011 Pompous 2.0 3 G, mampu bertahan sehingga 12 jam, menjadikannya pilihan ideal untuk penggunaan seharian.
8. MAKE OVER Powerstay Fix & Matte Makeup Setting Spray
Langkah terakhir ialah penggunaan setting spray untuk memastikan solekan kekal sepanjang hari.
Tip Japhet: Jarakkan spray sekitar 20cm dari wajah untuk memastikan ia disebar dengan rata.