NIGHT GLAM
1. MAKE OVER Velvet Mattifying Primer
Primer digunakan untuk memastikan solekan melekat dengan baik. Di sini, MAKE OVER Velvet Mattifying Primer adalah pilihan yang tepat! Primer ini membantu mengawal minyak dan memberikan kemasan matte yang halus.
Tip Japhet Bong: Gunakan primer ini pada bahagian T-zone jika anda mempunyai kulit berminyak dan sapukan pada keseluruhan wajah jika anda mahukan kemasan yang lebih matte.
2. MAKE OVER Powerstay 24H Matte Powder Foundation
Memilih Matte Powder Foundation atau bedak tabur matte yang tepat adalah kunci kepada solekan yang nampak semulajadi. Bong memilih kod W22 Warm Ivory, sekata dengan tona kulit SofeaShra – aplikasikan dengan berus untuk hasil yang lebih sekata.
3. MAKE OVER Hydrastay Liquid Tint Blush
Pemerah pipi memberikan wajah rona segar. Bong memilih kod 01 Flair, lalu sapukan sedikit tint pada pipi dan ratakan dengan jari atau span untuk hasil yang lebih semulajadi.
4. MAKE OVER Powerstay Eye Palette Futurist Gleam
Untuk bahagian mata, Bong memilih MAKE OVER Powerstay Eye Palette Futurist Gleam untuk gaya Night Glam. Palet ini menawarkan pelbagai pilihan warna berani yang memukau untuk mencipta pelbagai gaya solekan, dari yang natural hingga glamor.
Tip Japhet: Mulakan dengan warna asas yang ringan pada kelopak mata dan gunakan warna yang lebih gelap pada sudut luar mata untuk memberi dimensi. Anda juga boleh menambah sentuhan shimmer pada bahagian tengah kelopak mata untuk penampilan yang lebih menonjol.
5. MAKE OVER Powerstay Transferproof Matte Lip Cream
Akhiri solekan dengan menggunakan MAKE OVER Powerstay Transferproof Matte Lip Cream kod B10 M.O. Lip cream ini memberikan warna yang pekat dan tahan lama tanpa menjadikan bibir kering. Pilih warna yang melengkapkan keseluruhan penampilan anda.
Baca : Hilangkan Bintik Hitam Dengan Wardah Radiant Charge 10% Vitamin C + Ferulic