Rangkaian Unseen daripada label kecantikan Supergoop! terus menerus melindungi kulit dari muka ke badan daripada sinar matahari yang berbahaya.
Supergoop! sering tampil dengan idea genius, kini mengeluarkan dua produk terbaharu daripada rangkaian Unseen iaitu Mineral Unseen Sunscreen dan Lipscreen Sheer SPF 30.
Seperti yang kita tahu, tanda-tanda penuaan kulit boleh dilihat disebabkan oleh matahari. Memakai pelindung matahari boleh membantu mengurangkan risiko kulit anda terhadap penuaan dan kanser.
Mineral Unseen Sunscreen, RM 195
Mineral semata-mata, ringan dan tidak berbau, inilah pelindung matahari dengan perlindungan SPF dan formula seperti awan untuk diratakan ke atas kulit dengan kemasan semula jadi.
Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit, mengandungi ekstrak buluh di mana terkenal dengan kecemerlangannya yang bersifat antioksidan.
Untuk penggunaan harian, sapukan pelindung matahari ini pada muka dan leher anda secara rata. Biarkan 30 saat untuk produk menyerap, dan kulit anda sedia untuk dilapisi oleh solekan ataupun terus ke luar matahari.
Lipscreen Sheer SPF 30, RM 108
Salah satu kesilapan apabila memakai pelindung matahari, ramai individu lupa bahawa bibir kita juga memerlukan perlindungan. Jadi Supergoop! tampil dengan idea genius menyatukan SPF ke dalam lip balm, bukan sekadar melembutkan bibir, malah dapat merawat dan pelindungan daripada sinaran matahari.
Lip balm ini sesuai untuk semua jenis kulit, jadi anda tidak perlu risau sama ada ia akan mengeringkan bibir atau merekah.
Di Sebalik lip balm ini terdapat campuran Shea daripada Emolien di mana ia dapat menyuburkan bibir serta kelembutan dan licin berkilat minyak buah acai yang dapat membantu melembapkan bibir.
Untuk penggunaan harian, Sapukan Lipscreen Sheer dengan sama rata. Sapukan semula sekurang-kurangnya setiap dua jam, selepasmakan atau minum atau sepanjang hari.
Produk lain daripada rangkain Unseen yang boleh anda cuba ialah Sunscreen Stick (RM 148), Unseen Sunscreen (RM 186), dan Sunscreen Body (RM205).
Koleksi Unseen Supergoop! boleh didapati di stor Sephora atau di sini!
Baca: Christian Dior Bawa Pengalaman Musim Panas French Rivera Ke Kuala Lumpur