Model tersohor kelahiran Yongzhou, China ini disunting menjadi wajah rasmi minyak wangi terbaru Bvlgari untuk pasaran Asia Pasifik.
Liu Wen, usianya menjengah 34 tahun, kini menambah lagi satu kejayaan dalam resume kerjaya peragaannya apabila disunting menjadi duta rasmi bagi haruman Bvlgari dan sebagai pembuka wajahnya menghiasi kempen Rose Goldea Blossom Delight , sebuah haruman yang memanipulasi aroma kuntuman bunga mawar.
Melihatkan kembara Liu Wen sebagai peragawati sudah banyak pencapaian dan pengalaman manis dikecapi termasuklah menjadi model China pertama yang berjalan untuk persembahan fesyen Victoria’s Secret. Menurut Bvlgari pemilihan Liu Wen adalah berpandukan perjalanan kerjaya model itu sendiri yang mana bagi mereka Liu Wen Berjaya mencorakkan kerjayanya sebagai model dalam cara tersendiri. Dia merealisasikan impiannya dalam beberapa tahun sahaja, dan itulah yang Bvlgari mahu sampaikan kepada semua penggemarnya di luar sana.
Bagi Liu Wen setiap permulaan itu adalah satu kehidupan baharu, setiap kembara itu aka nada keindahannya dan setiap langkah yang diambilnya mendekatkan dirinya pada impiannya.
KEASYIKAN AROMA MAWAR
Alberto Morillas, pakar haruman tersohor adalah individu penting disebalik komposisi haruman terbaru Bvlgari, Rose Goldea Blossom Delight. Haruman yang dibotolkan dalam kelalang jernih dan menonjolkan rona merah samar ini menghimpunkan kelopak dan putiknya berserta nota segar seperti musk putih dan betik hijau. Haruman ini tambah semarak dengan percikan kuntuman lily of the valley, bunga peoni, kayu cendana dan anggur.
Bvlgari Rose Goldea Blossom EDT tampil lebih segar, menebarkan aroma yang bersifat ringan dan lebih ‘jernih’, menyuntik emosi yang di awang-awangan. Manakala versi EDP pula lebih pekat dan menonjol sisi feminin yang lebih menyerlah.
Bvlgari Rose Goldea Blossom hadir dalam dua versi, yakni eau de toilette dan juga eau de parfum. Harga bermula dari RM405 (EDT) dan RM450 (EDP).
BACA: “Me Time Itu Penting,” Vicky Tsai, Pengasas Tatcha Tentang Self-Care Sebagai Ibu