Baru-baru ini, EH! dan Kylie Cosmetics telah menganjurkan satu sesi masterclass eksklusif yang cukup intim dan istimewa. Bertempat di 8 Ounce Coffee, The Exchange TRX, ruang minimalis yang biasanya tenang bertukar menjadi lokasi pertemuan penuh glam dengan kehadiran jurusolek selebriti terkenal, Syed Faizal Syed Noh.
Dalam dunia kecantikan, tiada yang lebih menggembirakan daripada momen di mana teknik profesional, produk ikonik dan komuniti pencinta dunia solekan bertemu dalam suasana eksklusif.
Baru-baru ini, EH! dan Kylie Cosmetics menghidupkan suasana glamor dan intim dalam satu sesi masterclass kecantikan yang cukup istimewa. Bertempat di 8 Ounce Coffee, The Exchange TRX, dengan kehadiran jurusolek selebriti terkenal, Syed Faizal Syed Noh.
Masterclass eksklusif dengan kehadiran Tujuh pembaca berth dan lapan EHsociates ini bukan sekadar bengkel solekan biasa, ia menjadi pentas untuk memperkenalkan hero terbaharu Kylie Cosmetics iaitu Kylie Skin Tint Blurring Elixir Foundation yang merupakan produk asas yang dicipta untuk mereka yang mengimpikan kemasan kulit yang ringan, segar dan natural yang menyatu dengan kulit, sambil memberi kesan blurring yang lembut dan glowing.
Sepanjang bengkel berlangsung, Syed Faizal berkongsi tentang bagaimana mencipta asas yang flawless, pilihan tools terbaik untuk hasil yang sekata, serta gabungan produk Kylie lain untuk melengkapkan keseluruhan look. Apa yang menjadikan sesi ini lebih istimewa, setiap peserta diberi peluang mencuba sendiri rangkaian produk Kylie termasuk Kylie Skin Tint Blurring Elixir Foundation sambil dibimbing terus daripada Syed Faizal sendiri.
Sambil mempelajari seni solekan, suasana turut diserikan dengan pilihan pastri dan kopi istimewa, menjadikan sesi ini lebih santai dan terasa sangat personal. Detik-detik ini bukan sahaja mencipta kenangan manis, malah mewujudkan ruang untuk peserta berinteraksi, berkongsi dan meraikan minat yang sama dalam dunia kecantikan.
Dan seperti yang sudah menjadi tradisi EH!, para peserta turut dimanjakan dengan cenderahati eksklusif bernilai RM280 yang pastinya menambahkan keterujaan. Dari produk Kylie yang boleh terus dicuba di rumah hingga momen swafoto bersama Syed Faizal, semuanya menjadikan pengalaman ini sesuatu yang sangat berharga.
Bagi yang belum berpeluang menyertai bengkel ini, pastikan untuk mengikuti pada masa akan datang untuk merasai sendiri keistimewaan dunia kecantikan yang disediakan oleh EH!
Artikel Berkaitan: EH! Best of Beauty: Kylie Skin Tint Blurring Elixir Foundation