Rambut adalah mahkota buat semua orang. Tetapi sesetengah orang sering melakukan tabiat buruk ini. EH! senaraikan tabiat yang boleh merosakkan rambut.
Gambar : shutterstock
Semua orang tahu bahawa banyak perkara drastik yang sering kita lakukan pada rambut boleh merosakkannya seperti dengan mendedahkan rambut pada suhu terlampau panas, meluntur rambut, atau mengikatnya dengan ketat.
Namun, ramai yang pertikaikan akan tabiat kecil yang sering dianggap remeh temeh, walhal ia juga boleh merosakkan struktur rambut menjadi lebih teruk. Jika anda mendapati yang rambut anda mengalami masalah keguguran dan rambut rontok dengan lebih kerap dari biasa, inilah masanya untuk anda elakkan dari tabiat-tabiat ini.