Sahir Sabri, award-winning makeup artist sudah punya perjalanan karier sebagai jurusolek yang panjang. Sudah banyak wajah popular mendapat sentuhannya. Yang terus setia antaranya ialah our fashion icon, Scha Alyahya selain penyanyi bervokal emas, Ernie Zakri dan Aina Abdul.
Apakah cara untuk dapatkan base solekan yang tahan lama?
Saya saran gunakan two-way cake sebab ia sesuai dengan cuaca negara kita. Basahkan span dan ratakan two-way-cake pada wajah. Bila dah selesai bersolek, semburkan setting spray.
Apakah saranan Sahir solekan yang ringkas tapi nampak menyerlah untuk Hari Raya?
Cara paling mudah ialah penggunaan bulu mata palsu. Gunakan individual false lashes (ada di Sephora), dan letakkan pada hujung mata. Ini trik paling mudah dan berkesan untuk mereka yang tak berapa pandai menyoleh bahagian mata.
Bagaimana pula dengan pemerah pipi?
Saya cadangkan guna cream blush kerana ia tahan lama dan ia juga nampak natural.
Apakah trend solekan yang bakal kita nampak di media sosial Hari Raya nanti?
Saya rasa tahun ini akan ramai yang memberi perhatian pada penggunaan pemerah pipi. Trend tahun ini ialah high-point blusher dan juga penggunaan pemerah pipi di bahagian bawah mata.
Bila bercakap tentang blusher, apa kesilapan yang selalu wanita buat?
Ada yang tak pandai mencari shade yang sesuai dengan ton kulit mereka. Untuk mereka yang berkulit sawo matang, warna koral (merah samar dengan sentuhan oren) adalah yang paling sesuai.
Ada sebarang tip untuk riasan bibir?
Untuk bibir saya sangat suka penggunaan pensel bibir. Biasanya saya akan lukis bibir dan warnakan seluruh bibir sepenuhnya dengan pensel bibir. Kemudian barulah saya akan calitkan gincu atau glos bibir. Cara ini akan buatkan warna bibir tahan lebih lama.
Apakah cara mudah untuk touch-up solekan Raya nanti?
Hanya perlu gunakan span yang bersih, dan tepuk lembut pada bahagian yang perlu.
Nasihat Sahir untuk mereka yang teruja untuk berdandan lebaran ini?
Usah terlalu ikut trend kerana yang trending itu belum tentu sesuai dengan kita. Jadiukurlah baju di badan sendiri.






