A woman who doesn’t wear perfume has no future – Coco Chanel. Petikan dari pereka terkenal itu menggambarkan pentingnya haruman dan tidak lengkap penampilan wanita tanpanya. Seiring fesyen dan peredaran zaman, minyak wangi kini tidak hanya tertumpu kepada bau, malah rekaan botol turut menjadi tarikan pembeli. EH! berkongsi antara haruman terbaik anda mesti miliki!
Feminine & Romantic
Live in Love by Oscar de la Renta | Bright Crystal, Versace | Love, Chloe |
Tampil feminin dan romantis dengan wangian floral pada temujanji bersama si dia. Aromanya pasti menyerlahkan lagi sifat innocent and fresh! Nikmati rangkaian wangian yang diinspirasikan dari bunga-bungaan seperti mawar, sandalwood, anggerik dan melati.
Active & Lively
Pure, DKNY | Neroli, Annick Goutal | Yellow Diamond, Versace |
Ayuh segarkan dirimu dengan haruman seperti citrus, orange atau grapefruit. Si gadis lincah pasti tidak ketinggalan meraikan aktiviti luar dengan adunan berinspirasikan dari tumbuhan dan buah-buahan ini. Let’s feel active and confident!
Classy & Sophisticated
Chanel No. 5, Chanel | Love Fury, Nine West | Di Gioia, Giorgio Armani |
Classy, ambitious or might be mysterious! Penampilan berani bagi si gadis mampu ditonjolkan melalui haruman bertemakan classy and sophisticated. Haruman sepadan imej matang ini pasti menjadi bualan hangat atau mungkin a bit seductive towards men.