Merintis akan penjagaan intim yang lengkap, inovatif, cemerlang dan pesat, STRIP mengadakan tawaran setelah diperkenalkan selama 16 tahun sebagai penjagaan vulva.
Menyediakan rawatan penjagaan peribadi (intim) yang unggul, serta menjadi pelopor dalam mengikuti perkembangan terkini bidang penjagaan vulva, adalah hanya sebahagian daripada pelbagai sebab mengapa STRIP merayakan ulang tahunnya.
Berdedikasi sejak mula lagi untuk menghapuskan salah tanggapan berkenaan subjek penjagaan vulva dan meningkatkan keyakinan pengguna dalam pemerkasaan yang dirasai daripada penjagaan diri secara terperinci, pencapaian enam belas tahun sebagai pakar penjagaan vulva sememangnya satu kejayaan yang amat indah.
Sejak STRIP diperkenalkan di Malaysia dari Singapura di mana ia diasaskan pada tahun 2002, pakar penjagaan intim ini telah menjadi pemangkin pembaharuan dalam bidang tersebut. Ini dapat dilihat apabila ia membuka pintunya sebagai salun pertama yang berdedikasi kepada rawatan penyingkiran rambut di Malaysia dan menjadi salun pertama dalam industri ini yang mengamalkan peraturan Tidak Celup Semula, dan memperkenalkan Pek Kebersihan Peribadi STRIP. Kedua-dua ciri tersebut adalah sebahagian daripada mantera HSQ STRIP, Kebersihan, Kepantasan, Kualiti, dan kekal berteraskan HSQ dalam cara ia berfungsi serta dalam produknya, rawatannya, dan juga latihan khusus yang dilalui oleh ahli terapi dalam kecekapan dan kemahiran teknik.
Kini, STRIP tidak berbelah bahagi dalam usahanya untuk membawa teknologi terkini dan tercanggih dalam rawatannya. Dengan mengatasi batasan, STRIP telah merevolusikan cara wanita dan lelaki menjaga penampilan diri mereka, bukan sahaja demi kelihatan menarik tetapi lebih daripada itu, untuk menaikkan keyakinan diri dan berasa hebat. Selain itu, digandingkan pemerhatian teliti keperluan industri dan kehendak pasaran selama bertahun-tahun, kepakaran STRIP berkembang pesat dan kini, suatu rangkaian perkhidmatan dan produk komprehensif tersedia untuk menangani keperluan penjagaan intim.