Teknologi terkini dilihat dalam rawatan pengurangan rambut jangka panjang yang unggul, AFT (Advanced Fluorescence Technology), rawatan revolusioner penjagaan vulva yang pertama seumpamanya, Rosebud Vajuvenation, dan rawatan kontur badan untuk bahagian perut, belakang, pinggang, punggung dan paha, Thermal Shape. Kesemuanya menggunakan mesin proprietari dan selesa, bukan invasif, tidak memerlukan sebarang tempoh pemulihan, dan berkesan.
Untuk memastikan pemeliharaan menyeluruh terhadap kulit halus vulva melangkaui salun, pakar global penjagaan vulva berpengalaman 20 tahun dalam industri ini, telah membangunkan jenama penjagaan intim mewah pertama di dunia, TWO L(I)PS, yang berkeupayaan menangani pelbagai masalah kulit. Koleksi penjagaan kulit ini mencabar dan mendefinisikan semula bidang penjagaan intim dengan produk termaju, diformulasikan oleh para petugas yang berdedikasi, bebas sulfat dan paraben, dan telah diuji secara dermatologi dan ginekologi. Produk sulung dalam koleksi ini Blackout masker arang aktif yang mungkin pertama seumpamanya di dunia untuk bahagian intim, jelas menunjukkan kepintaran jenama tersebut.
Rawatan ‘wax’ juga tidak kurang mengagumkan, dengan pelbagai adunan ‘wax’ STRIP sendiri, terdiri dari bahan-bahan yang menenangkan kulit serta wangian memikat seperti Chocolate Berry, dan pelbagai ‘wax’ edisi terhad seperti Vanilla Cupcake, Strawberry, Desert Rose, Cherry, Gingerbread dan Forest. Kepelbagaian ‘wax’ kreatif ini disediakan pada tahun-tahun yang lalu untuk menunjukkan bahawa rawatan ‘wax’ boleh manjadi pengalaman yang menarik.