Bulan lalu saya sempat duduk semeja dengan Lesley Jennison, Duta Warna Global Schawarzkopf Professional yang singgah ke Kuala Lumpur sempena pelancaran koleksi pewarna baru mereka. Ikuti temubual bersama genius dalam dunia dandanan ini.
Igora Zero Amm memang betul-betul buat saya kagum. Masakan tidak, selama beberapa jam saya menemani Adriana Adnan, Yaya Zahir dan Aisha Retno mewarna rambut, tiada sikit pun bau yang mencucuk-cucuk hidung, yang buat rasa kita nak menahan nafas.
Berdasarkan pengalaman beberapa jam itu saya dapat simpulkan bahawa Schwarzkopf Professional memang mengotakan apa yang dijanjikan, sebuah pewarna rambut yang bebas amonia. Bukan saja formulanya menyelesakan namun warna yang terhasil dari rangkaian ini juga memang menyerlah.
Lesley, wanita yang berpusat di United Kingdom ini ligat mengelilingi dunia demi tugasnya dan kesempatan singgah ke Kuala Lumpur, Schwarzkop Professional menganjurkan satu pertunjukan rambut sempena pelancaran Igora Zero Amm. Bukan hanya diserikan dengan hasil kreatif kelompok pendandan dari Malaysia, acara ini juga tambah warna-warni dengan kehadiran pendandan profesional dari Filipina, SIngapura, Thailand, Vietnam serta Indonesia.
Apa kisah di sebalik pengenalan Schwarzkopf Professional Zero Amm ini?
Kami memang sudah punya rangkaian produk hijau, dan kami tak mahu berhenti setakat itu saja. Pasukan kerja dan penyelidik di Hamburg memang sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki formula sedia ada dan dalam masa yang sama cuba-cuba menyelidik jika ada penemuan baru yang akan menambah baik produk sedia ada. Mereka mencari jika ada bahan baru, teknologi baru yang seiring dengan arah tuju baru kami yang meletakkan soal kelestarian sebagai sebahagian arah tuju utama.
Igora Zero Amm menawarkan 40 warna dan ia merangkumi dari warna yang lembut, coklat yang berjenis-jenis hinggalah ke warna yang lebih kemerahan. Jika diperhatikan warna kali ini tak nampak palsu, lebih semula jadi.
Apa bezanya bila pewarna rambut tidak mengandungi amonia selain membuatkan proses mewarna lebih selesa?
Jika anda mewarnakan rambut dengan niat untuk warnanya lebih lama jadi pastinya anda mahukan sesuatu yang nampak lebih semual jadi. Anda mahukan ‘salutan’ warna yang lebih berpigmen. Rangkaian Igora Zero Amm ini membuatkan kilauan dan warna rambut nampak natural. Warnanya tidak nampak palsu dengan ton kuning mahupun kehijauan. Warnanya juga tak nampak pusam. Dan tahun ini rasanya orang lebih senang dengan efek warna rambut yang hadir dengan efek semula jadi. Jika awak tanya, saya sukakan 742, warna beige yang sangat cantik.
Boleh kongsikan falsafah anda dalam penjagaan rambut?
Semuanya berkaitan dengan kelestarian, lebih-lebih lagi untuk waktu sekarang. Saya rasa semua orang pun begitu. Semua produk di Schwarzkopf sebaik-baiknya kami cuba untuk meletakkan mereka di landasan dan arah tuju yang sama, lebih-lebih lagi hal pembungkusannya. Dan jika berkaitan dengan isnpirasi, selalunya saya melihat bagaimana teknologi dan produknya juga.
Jika anda boleh memilih siapa saja selebriti yang ingin anda stailkan rambutnya, siapa yang jadi pilihan?
Ada dua yang menjadi kegemaran saya. Yang pertama, Lady Gaga, I just love her. Dan yang kedua, Róisín Marie Murphy, penyanyi dari kumpuluan Moloco, kalau anda pernah dengar lagu Sing it Back? Bagi saya dia punya seleksi busana yang cantik-cantik. Persembahannya bertenaga bila di pentas, dia menyanyi dan menari bagaikan tiada hari esok.
BACA: Proses Mewarna Rambut Paling Menyenangkan Dengan Igora Zero Amm