Jeon Somi, bintang K-pop yang terkenal dengan personalitinya yang ceria dan gaya unik, kini melangkah lebih jauh dalam dunia kecantikan.
Siapa sahaja tidak mengenali The It Girl, Jeon Somi atau nama sebenarnya Ennik Somi Douma, seorang penyanyi dan idola K-pop yang terkenal di alam maya.
Terkenal dengan lagu-lagu hits seperti “XOXO,” “DUMB DUMB,” dan “Fast Forward,” Somi kini mulai menunjukkan bakatnya dalam bidang perniagaan, melancarkan jenama kecantikan miliknya yang diberi nama GLYF yang kini tersedia eksklusif di Zalora.
Berdarah campuran Korea-Kanada, menjadikannya salah satu figura yang unik dalam industri hiburan Korea Selatan dan bonus menceburi dua dunia yang berbeza aura, baik melalui muzik mahupun dalam membina empayar kecantikan sendiri.
Ikuti temubual eksklusif, Jeon Somi berkongsi perjalanan terbarunya sebagai pengasas jenama kecantikan GLYF, yang kini tersedia secara rasmi di Zalora.
Apa yang menginspirasi anda untuk mencipta jenama kecantikan anda sendiri, GLYF?
Membesar dalam dua budaya telah memberikan saya pengalaman terbaik dari kedua-dua dunia kecantikan dan pengalaman itu sangat mempengaruhi visi jenama ini. Berada dalam industri kecantikan, terutamanya K-beauty, semuanya seolah-olah sempurna dan menginspirasi saya untuk mencipta jenama seperti GLYF.
Apakah maksud “GLYF” dan mengapa anda memilih nama tersebut untuk jenama anda?
Nama GLYF berasal dari simbol kuno “Glyph,” yang mewakili maksud—setiap individu memiliki ciri dan cerita unik masing-masing.
Bagi saya, perjalanan setiap individu sangat penting—perjalanan saya sendiri adalah gabungan pengaruh Barat dan Asia. Pengetahuan dan cerita yang kita miliki sangat berharga kerana ia membentuk siapa diri kita. Ia menjadikan kita unik, menarik dan itulah yang ingin saya refleksikan dalam jenama ini.
Daripada produk yang dilancarkan di Malaysia, yang mana satu paling anda nantikan?
Sukar untuk memilih, tetapi Illuétte Highlighter Palette sentiasa menjadi kegemaran saya. Ia adalah produk pertama GLYF dan ia benar-benar mencerminkan semangat yang ceria dan yakin. Produk ini juga mencetuskan semangat saya untuk mencipta jenama ini, jadi saya sangat teruja untuk berkongsi bersama peminat kecantikan.
Bagaimana gaya kecantikan peribadi anda mempengaruhi arah tuju GLYF?
Mencari perspektif tersendiri dalam kecantikan tidak mudah pada mulanya, terutamanya sebagai seorang gadis muda yang tidak pasti di mana untuk bermula. Namun, berada dalam industri ini membantu saya mengembangkan visi saya, yang akhirnya mempengaruhi kerjaya solo saya.
Gaya kecantikan terkini saya adalah rupa pemerah pipi musim sejuk yang bold tetapi tetap seimbang, sebab itu Hue Spread Stick (bakal dilancarkan di Zalora) sangat sesuai untuk penggunaan harian.
Adakah anda mempunyai tip kecantikan atau rutin kegemaran yang anda bawa ke GLYF?
Illuétte Highlighter Palette sangat mencerminkan diri saya dan Hue Spread Stick dicipta berdasarkan apa yang saya suka. Saya mahu ia menjadi ringkas, serbaguna dan mudah digunakan setiap hari. Produk saya dicipta untuk menjadi bold tetapi punyai identiti semula jadi—seperti highlighter dan Hue Spread Stick, yang boleh menambahkan seri pada penampilan anda atau menjadikannya lebih minimalis.
Di luar kamera, saya lebih sukakan solekan minimalis dan produk ini membolehkan anda menyesuaikan solekan bergantung kepada mood harian.
Apakah rancangan GLYF pada masa akan datang?
Sebagai seseorang yang sangat meminati trend kecantikan, saya mempunyai begitu banyak idea untuk produk masa depan yang saya tidak sabar untuk realisasikan. Saya tidak bermula sebagai CEO atau profesional kecantikan, jadi tiada had untuk apa yang saya bayangkan untuk GLYF. Jenama ini adalah ruang kreatif saya dan saya mempunyai rancangan yang tidak berkesudahan untuknya. Jadi, nantikan!
Bagaimana anda mengimbangkan kerjaya hiburan dan menguruskan GLYF dalam satu masa?
Menyeimbangkan kerjaya muzik dengan GLYF merupakan satu perjalanan yang mencabar. GLYF seperti hobi rahsia saya, sisi kreatif saya—ia adalah obsesi peribadi yang membolehkan saya mengekspresikan sisi lain diri saya. Ia seperti menjadi versi Hannah Montana, menunjukkan kedua-dua sisi tanpa kehilangan salah satu daripadanya.
Setakat ini, saya rasa saya berjaya mengimbangi keduanya dan saya tidak sabar untuk terus mengembangkan GLYF disamping kerjaya sebagai penyanyi.
Bagaimana anda berharap produk GLYF dapat membantu orang ramai berasa lebih yakin?
Saya berharap GLYF dapat membantu orang ramai berasa lebih yakin dengan memberikan mereka kebebasan untuk bereksperimen dan menerima kecantikan mereka sendiri. Jika anda tidak pasti tentang rutin anda atau ragu-ragu untuk mencuba sesuatu yang baru, mengapa tidak mencuba produk GLYF—seperti mencuba solekan sebelum mandi—dan hanya berseronok dengannya! Semuanya tentang keyakinan dan menemui apa yang paling sesuai untuk anda.
Adakah anda mempunyai kata-kata istimewa untuk peminat anda di Malaysia yang teruja untuk mencuba GLYF?
Terima kasih banyak kerana menyambut GLYF di Malaysia! Saya teruja untuk anda mencuba jenama ini dan menjadikannya sebahagian daripada perjalanan kecantikan tersendiri. Saya ingin mendengar tentang pengembaraan setiap perjalanan dan saya tidak sabar untuk tumbuh bersama anda dan terus menyokong setiap perjalanan individu.
Dapatkan koleksi kecantikan GLYF, Illuétte Highlighter Palette (RM139), People Patch Special Edition No.1 (RM55) dan People Patch Special Edition No.2 (RM55) secara dalam talian di https://www.zalora.com.my/glyf-on-zalora/, pengalaman beli-belah yang lebih efisien dan mengujakan. Untuk kekal berhubung dengan tawaran dan informasi terkini, ikuti GLYF di Instagram .
Baca : Intai Produk Kecantikan Pilihan EH! Sepanjang Tahun 2024