EH! berkesempatan menemu bual secara eksklusif bersamaPengarah Kreatif dan Imej untuk Solekan Dior, Peter Philips sempena meraikan kedatangan formula dan warna baharu gincu ikonik, Rouge Dior Forever.
Dirinya yang merendah diri dan peramah, memberikan aura elegan kepada EH! semasa temubual secara eksklusif dilangsungkan. Berlatar belakangkan almari putih yang penuh dihiasi dengan pelbagai genre buku, Peter Philips membuka bicara dengan memperkenalkan dirinya. Peter Philips menduduki kerusi penting di Dior Makeup sudah bertahun lamanya. Di tangannya pelbagai produk dan warna tercipta dan mencetus minat di kalanganw anita seluruh dunia termasuklah Rouge Dior, gincu ikonik yang terus dipertingkatkan formulanya.
Seiring menyambut gincu baharu, Natalie Portman, pelakon dan wajah Dior ikonik turut diraikan sebagai muse gincu ini.
“Ianya tentang cara mereka, generasi baru gincu Dior ini melambangkan wanita yang kuat dan bijak. Tahu akan kehendaknya dan pastinya, sentiasa tampil cantik dalam apa jua cabaran yang dihadapinya.”
Rouge Dior Forever di bawah telunjuk Peter Philips,diformulasikan dengan bahan-bahan terulung, memberi kesan untuk aplikasi tahan lama. Percaya atau tidak, gincu ini juga mampu bertahan selama 16 jam tanpa calitan semula dan pastinya keselesaan pada bibir diutamakan dengan formula yang bersih.
Sarung couture yang baharu, dengan kemasan warna biru gelap balutan ultra-matte ini memberikan sentuhan yang elegan dan klasik mewah saat menyentuhnya.
Artikel berkaitan: “Saya Suka Kecantikan Klasik”- Temubual Eksklusif EH! Bersama Tiffany Young, Girl’s Generation