Teks : Razin Mohd
Penyerlah serba merah jambu ikonik NARS ORGASM kembali dengan rangkaian edisi terhad dalam bekas serba baharu yang lebih chic dan berkilau!
Dihasilkan 20 tahun yang lepas, sapuan pemerah pipi ikonik ORGASM dari NARS kali ini kembali dengan empat pilihan item baharu buat menyerlahkan keserian wajah anda. Dalam edisi baharu ini, NARS mahu anda meneroka kesemua rangkaian yang ada dan hasilkan solekan yang lebih glowing dengan produk yang didatangkan bersama beberapa manfaat yang baik buat wajah juga warna-warna yang menawan.
Istimewa kali ini EH! tampilkan Azira Shafinaz bersama NARS Global Artistry Directior UZO, untuk anda ikuti langkah dan tip terbaik dalam mendapatkan solekan yang mernyerlah dengan menggunakan kesemua item solekan di dalam koleksi THE ORGASM 2019 .
Setiap item solekan yang dihasilkan datang dengan beberapa manfaat dan hasil kemasan yang khusus buat bahagian wajah. Pertama, Orgasm Blush buat hasil pipi yang lebih menyerlah dalam warna merah jambu, kedua Orgasm Liquid Highlighter bersama ekstrak Pomegranate yang kaya dengan bahan antioksidan juga melembapkan kulit, ketiga Orgasm Oil-Infused Lip Tint yang memberi hasil bibir tampil lebih menyerlah, lembap juga tidak berminyak dan keempat Endless Orgasm Palette yang boleh digunakan di mata, bibir dan pipi.