Instagram glam! Hampir sedekad berlalu namun trend solekan 2016 antara paling ikonik dan obses!
Trend solekan 2016 kembali mencuri perhatian di laman media sosial, ada yang masih relevan dan ada juga yang membuatkan kita tersenyum sendiri melihat keberanian eksperimen dan dramatik kecantikan ketika itu.
Daripada tutorial YouTube berdurasi panjang sehinggalah feed Instagram yang dipenuhi close-up wajah flawless, trend solekan ketika itu berkembang pantas dan menjadi obsesi global.
Ketika itulah kening tebal terukir kemas dianggap simbol kesempurnaan, kontur tajam menjadi rutin wajib dan bibir matte dalam tona nude atau coklat gelap menguasai setiap beg solekan.
Highlighter dipakai tanpa kompromi sehingga boleh dilihat dari jauh, manakala teknik baking menjadikan wajah kelihatan licin dan flawless di kamera.
Seperti, solekan 2016 tidak mengenal istilah minimal, ia lebih bold, lebih striking and more!

Kening tebal sempurna
Ini merupakan era kegemilangan kening tebal dan jelas bentuknya. Kening diukir kemas, tajam dan sering dikemaskan dengan concealer untuk kemasan maksimum, menjadikan Instagram brows sebagai standard kecantikan ketika itu.

Bulu mata palsu dramatis
Tiada solekan lengkap tanpa bulu mata palsu. Daripada gaya soft glam hingga penuh glam, bulu mata dramatik menjadi pelengkap utama hampir setiap gaya solekan 2016.

King Kylie
Dari solekan kening, pembayang mata, bulu mata, kontur dan gincu pada bibir mengiurkan, King Kylie antara trendsetter kecantikan pada tahun 2016. Pasti antara anda pernah memiliki Kylie Cosmetics Lip Kit, mengandungi gincu cecair matte dan pensel bibir yang sepadan.

Cut Crease yang jelas
Garisan cut crease atau lipatan mata yang jelas dan kontras menjadikan mata kelihatan lebih besar dan terdefinisi.

Warm tones & palet neutral
Palet bernuansa hangat seperti coklat kemerahan, terracotta dan bronze sangat popular, dipengaruhi oleh palet ikonik dari jenama-jenama antarabangsa ketika itu.
