Saban bulan ada sahaja produk kecantikan baharu disajikan, ada yang lama namun diperbaharui formulanya, ada juga yang hadir dengan teknologi terkini.
Penuaan antara hal kecantikan yang terus dibincangkan dan dicari ‘penawarnya’. Walaupun itu sudah jadi fitrah kehidupan (mana ada orang makin kurang usianya, bukan?), tapi dengan adanya kajian dan perkembangan sains dan teknologi, ada hal-hal berkaitan penuaan boleh ‘dimudakan’ kembali, seperti dalam hal penjagaan kulit. EH! bariskan tiga produk baharu yang mungkin boleh menjadi solusi untuk anda kekal awet muda, paling tidak mengurangkan sedikit kedutan dan garis halus.
LA PRAIRIE SKIN CAVIAR HARMONY L’EXTRAIT
Terkenal dengan bahan kecantikan ikoniknya iaitu caviar, La Prairie terus melangkah ke hadapan dengan kemunculan La Prairie Skin Caviar Harmony L’extrait yang akan melengkapkan rejim ‘caviar’ anda. Cecair yang dibotolkand alam kelalang biru ini diformulasikan dengan teknologi micro-fluidic dan diperkasakan dengan kuasa Caviar Infinite. Biji-biji ekstraknya akan mencair diselaputi gel saat ia disapukan pada kulit, lantas bertukar menjadi satu tekstur yangs angat ringan dan menyegarkan kulit, membuatkan permukaan kulit kelihatan lembut dan mulus. Ia dicipta untuk memudarkan tanda penuaan termasuklah kedutan. Gunakannya selepas wajah dicuci bersih, kemudian barulah diikuti dengans apuan serum dan pelembap serta krim pelindung matahari.