CLARINS DOUBLE SERUM
Serum ini jika dilihat pada sejarahnya ia sudah mencapai tahap ikonik. Mula diperkenalkan pada tahun 1985, serum ini merupakan peneraju dalam dunia kecantikan yang mana ini merupakan serum terawal yang hadir dengan formula berkembar. Clarins Double Serum disempurnakan dengan formula untuk memudar tanda penuaan. Lima fungsi utama serum ini ialah memperbaharui sel kulit, oxygenation, menyubur (nutrisi), menghidrat dan melindungi kulit lantas menjadikan serum ini satu serum yang sempurna dalam mengawal tanda penuaan. Menurut kajian yang dijalankan di kalangan 362 orang wanita, 88 peratus mendapati kulit mereka lebih lembut, 84 peratus lebih berseri dan 81 peratus kulit mereka lebih cantik.