OMOROVICZA QUEEN ESSENCE
Berilhamkan kecantikan ratu Hungary, jenama kecantikan Omorovicza terus mencambahkan rangkaian ‘Queen’ dengan memperkenalkan Queen Essence. Esen wajah ini dicipta untuk menyediakan kulit sebelum sebarang produk lain menyentuh kulit wajah menerusi rejim penjagaan kulit anda. Bahan yang terkandung di dalam esen ini ialah cendawan dan sel tunjang tomato. Cara penggunaannya mudah, hanya perlu diratakan pada kulit selepas wajah dibersihkan. Bau bunga mawarnya membuatkan esen ini cukup nyaman saat ia menyentuh wajah. Pemakaian esen ini membuatkan serum dan krim pelembap anda lebih mudah diserap. RM439 (100ml) dan boleh didapati di butik Ken’s Apothecary.
BACA: 9 Selebriti Wanita Yang ‘Hot’ Dengan Gaya Rambut ‘Skinhead’