Fanbo Ey-Brow Pencil
Jika ada yang masih belum pernah mendengar jenama Fanbo, ia sebenarnya sebuah jenama kosmetik dari Indonesia yang mula memasarkan produknya di Malaysia tahun ini. Ia punya rangkaian alat solek serta himpunan produk penjagaan kulit. Jika mahu mencuba-cuba dengan jenama ini, mungkin boleh mulakan dengan mencuba pensel kening dari Fanbo ini. Pensel keningnya sesuai untuk anda yang mahukan gaya bentuk kening yang lebih bold dan sharp. Seperti produk Fanbo yang lain, pensel kening ini juga halal dan mesra wudhu’. Boleh didapati di Shopee dan Lazada.
Artikel Berkaitan: 9 Maskara Paling Ikonik, Popular, Laris, Disukai Jurusolek dan Digemari Selebriti