Estee Lauder meraikan bulan ‘reben merah jambu’ dengan tiga produk pilihan yang hadir dalam pakej istimewa, dan sebahagian jualannya didermakan kepada organisasi terpilih.
Barah payudara antara kanser yang sudah menjadi lazim di kalangan seluruh dunia, peningkatan kes yang berteusan hingga jumlahnya melangkaui jumlah kes kanser paru-paru. Pada tahun 2020, angka kes barah payudara sahaja sudah mencecah 2.3 kes baharu.
Bulan Oktober memang sinonim dengan kempen barah payudara, dan reben merah jambu cukup sinonim dengan kempen kesedaran ini. Syarikat kecantikan terkenal dunia, Estee Lauder Companies antara organisasi yang sangat aktif bersuara serta mengiringinya dengan pelbagai aktiviti dalam mengumpul dana untuk membantu rawatan juga kajian yang berkaitan dengan penyakit yang bisa membunuh ini.
Mula dilancarkan sejak tahun 1992, kempen ini terus rancak dijalankan saban tahun dan impaknya dapat dilihat. Malah Estee Lauder berjaya mengumpul US$99 juta setakat ini dan dana ini digunakan untuk diberikan kepada organisasi yang berkaitan dengan barah payudara di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat sendiri jumlah kes kanser payudara berkurangan lebih 40 peratus kerana pengesanan awal dan teknologi rawatan yang semakin maju.
Tahun ini Estee Lauder turut memilih 19 produk kesukaan ramai untuk menjadi sebahagian ‘bintang’ utama dalam meraikan kempen tahunan ini. Menariknya setiap produk ini diberi sentuhan merah jambu baik pada bekas ataupun bungkusannya. Setiap jualan bagi tiga produk ini sebahagiannya akan didermakan kepada organisasi tertentu dalam membantu mereka untuk menggerakkan usaha mereka memerangi kanser ini.
Estée Lauder Limited Edition Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex, RM450.00 (50ml). Sebanyak 20 peratus daripada harga sebotol serum anti-penuaan ini akan diberikan kepada organisasi berkaitan kanser payudara terpilih di Malaysia.
Clinique Limited-Edition Dramatically Different™ Moisturizing Lotion+, RM210.00. Krim pelembap kuning terkenal ini tampil dalam botol merah samar yang sungguh istimewa. Lebih menarik 50 peratus daripada harga pembelian ini akan didermakan.
BOBBI BROWN Powerful Pinks Crushed Oil-Infused Gloss Duo, RM145.00. Pilihan tepat buat anda yang mahu meraikan bibir dan dalam dalam masa yang sama memeliharanya dengan melembapkan bibir hasil manfaat biji kopi dan minyak kacang kukui.
Di Malaysia, Estee Lauder bekerja rapat dengan beberapa organisasi antaranya ialah Breast Cancer Welfare Association, Malaysia (BCWA), Cancer Research Malaysia (CRM), College of Radiology, Malaysia (CoR) dan National Cancer Society Malaysia (NCSM)