Pilihan warna gincu itu ada kaitan dengan karakter. Bagi Alessandro Michele pula, “gincu adalah objek paling cantik yang boleh dijumpai di dalam beg tangan.” Berpandukan kata-kata pengarah kreatif Gucci ini gincu sebenarnya bukan sahaja objek paling cantik dalam tas tangan tapi ia juga boleh jadi lambang personaliti kita. Berbanding alat solek yang lain, ginculah yang selalu diletakkan dalam beg tangan ke mana saja perempuan pergi. Bukalah mana-mana beg tangan pasti ada terselit paling tidak sebatang gincu. Gincu punya magis yang boleh memberi nyawa kepada wajah yang lesu (tapi ada masanya tengok juga pada warnanya). Jadi bila gins surah diiktiraf sebagai objek popular dalam beg tangan, jadi tak salah jika itulah yang molek dijadikan hadiah kepada teman atau diri sendiri.
Ada teman saya yang kadang-kadang membeli gincu bukan sahaja kerana warnanya tapi selalunya dia terpengaruh apda bekas gincu itu sendiri. Baginya lagi mewah bekas dan jenama gincu itu, lagi nampak kelas. Saya fikir ada betul juga, Jika tidak masakan ada sesetengah jenama solekan menganggap alat solek mereka bukan sekadar berfungsi sebagai mencantikkan muka tapi ia juga aksesori fesyen.
Dan jenama fesyen dari Itali ini memang sinonim dengan bekas gincu emasnya yang mencerminkan sifat vintaj dan mewah. Sempena tibanya hujung tahun ini Gucci Beauty mahu perempuan terus berseronok dan bermewah-mewah dengan gincunya pabila mereka engembalikan semula Rouge à Lèvres Lunaison, rangkaian gincunya yang diperkatakan satu ketika dulu, tapi kali ini ia tampil dalam edisi terhad dengan tiga warna dalam efek metalik, cukup festive!
Saya mahu kongsikan tiga karakter disebalik warna-warna gincu yang Gucci Beauty pilih. Anda yang mana satu?
JINGGA- Bagi saya gincu dalam ton jingga menggambarkan seorang wanita yang adventurous, seorang yang tidak mahu dengan rutin yang sama. Mereka mahu berbeza dengan yang lain. Lihatlah keliling anda, mana ramai yang berani bergincu oren. Ada juga yang berpendapat oren adalah warna yang melambangkan seseorang yang terbuka dengan perubahan, ia menonjolkan karakter yang bold.
MERAH JAMBU– Warna ini kental dengan karakter feminin. Mereka sukakan sesuatu yang bersifat lembut, sweet dan mereka juga mungkin seorang yang sensitif. Wanita yang suakkan warna merah jambu juga dikaitkan sebagai seorang yang romantik, malah ada pendapat nakal yang berpendapat mereka juga seorang yang sensual.
MERAH- Merah itu berani, bunyinya agak klise. Tapi apa yang pernah saya baca, orang yang sukakan warna merah, mereka sebenarnya adalah orang yang sukakan perhatian. Mereka mahu semua melihat dan memuja mereka. Mereka mahu jadi ketua, mereka sukakan persaingan. Mereka bercita-cita besar dan penuh dengan energi. Betulkah?